1 Syawal #teamrayakl

Tahun ni hashtag team raya KL. Malam raya tu masukkan biskut dalam bekas kuih.
Pastu kemas rumah sikit-sikit.  Ala kadar je pun biskut raya saya. Semua pun beli dari kawan-kawan terdekat. Tu ada 2 jenis macam muruku/kerepek pun beli kat kakak office je ha. Mokata nak mencari kat bazar ke apa, tak berapa nak rajin.

Rendang ayam, rendang daging dan kuah kacang order dari @fzcafe.
Ketupat daun palas instant tu beli dari kakak office. Saya cuma rebus nasi himpit je.
Tu set teko baru tu. Benarnya design tak berkenan sangat tapi dah kata nak yang murah-murah aje, so terimalah apa adanya. Nanti ada rezeki lebih nak beli yang berkualiti sikit. Gitu cita cita sis.


: : Anak dara I : :

15 Jun 2018. Syawal pertama.
Biasa orang bersalam-salam dulu baru bergambar kan, tapi kitorang bergambar dulu baru salam. Sementara tengah fresh muka katanya. Sat g kot dah peluh-peluh, tak masuk dengan mekap comot sebab nangis-nangis.

Tema warna? Hmm.. Gabungan kuning mustard putih peach kot? Hantam ja la. Baju melayu Encik Z seperti biasalah, recycle dari tahun-tahun sebelum ni. Baju kurung saya dengan Yaya tu, kainnya beli kat New Delhi masa saya pergi sana bulan Januari 2017 hari tu. Matiklaaa tak update-update entrynya oii!
Saya hantar jahit baju saya dengan Yaya kat tailor kat Dato Senu ni. Dan hasilnya sangatlah mendukacitakan. Jahitan tak kemas, sambil lewa, tak sedap pakai. Haishhh..
Tailor yang dulu kat Sri Rampai tu saya dah kecil hati. Ada la ceritanya tapi takpelah.
Lepas ni nampak gaya beli baju readymade je lah.

Shawl saya tu beli kat @shawlshouse . Dia macam ala-ala instant sebab sarung je pastu lilitlah ikut suka. Saya tengok kat youtube dorang lilit yang jenis kepuk-kepuk tu, so sis teringin lah. Sudahnya berejam-rejam berpeluh peluh dalam bilik tak reti nak lilit. Terus lah stress nak amukan. Last-last sapa yang tolong lilit korang tau? Encik Z! Sabar dia nonton video kat youtube tu, play pause play pause. Dia la lilitkan, dia la letak pin. Oh mai.. I love my husband! Encik Z tu memang sejenis cermat dan teliti. Walaupun garang dan emo dan tak romantik tapi bab-bab kekemasan ni sis kalah teruk.

Taubat dah la nak beli shawl camni walaupun instant ke apa. Dah tak reti la nak lilit.
Kalau instant sarung terus je haa tu ok. Tak pun yang double loop tu haa takpe sebab tak memerlukan kekreatifan untuk melilit. Paling senang, bawal sudah!!

Yaya kata dia dah set dalam kepala dah ‘taknak nangis, taknak nangis, taknak nangis’
Tapi nangis jugak hehe. Walhal saya takde la cakap apa pun. Anak I tu memang sensitif sikit. Jiwa lembut. Anak tunggal. Ibu bapa pulak divorce kan. Gitulah. Tapi Mommy percaya Yaya anak yang kuat semangat. Encik Z macam biasa la nak mengusik anak je kerjanya, tu yang kemain di zoom muka Yaya nangis tu. Video pun ada, macam biasa di instagram sana ya.


: : Saya tu gaya ketakutan nak salam ke cemana tu? Dah la kaki Encik Z kat hujung tu macam tengah standby nak sidekick I je haha : :

Lepas Zohor siap-siap nak gerak balik Taiping. Ceritanya tak plan pun nak balik Taiping. Ingat nak leisure-leisure kat KL je. Tapi Encik Z kata jomlah balik Taiping. Kelam kabutlah semalamnya tu cari hotel. Pastilah banyak dah tak available. Nasib baik ada last room kat Hotel Seri Malaysia. Tapi harga mencanak lah kan. What to do.
Boleh je la nak tidur kat rumah arwah Tok tapi I kan diva divo, nak tidur hotel sesaja. Matiklah statement eheheh. Takdelahhh.. raya kan, ramai orang kat rumah Tok.  Yaya saya tinggal la kat rumah Tok. Saya dengan Encik Z je tidur hotel.


: : Nak OOTD katanya : :


: : Bila handphone kena hijack dengan anak ginilah romannya : :

Gerak dari KSU pukul 3 petang, sampai Taiping pukul 8 malam. Sebelum tu stop cari makan sebab saya dengan Yaya lapar! Yer la makan pagi tadi je kot. Lepas tu lupa pulak nak tapau bekal apa-apa boleh ngap dalam kereta. Jalan boleh tahan sesak jugak. Stop kat mana tah, nasib la ada kedai bukak. Yaya makan nasi lemak, saya makan bihun sup seperti gambar di bawah.

Sampai je kat rumah arwah Tok, terjeritlah Mama menengok kami 3 beranak sampai.
Kali ke 2 dah kena prank dengan kami. Sebelum ni masa PRU hari tu. Eh entry PRU tak up lagi lah. Adudududu… Terus ngap makan laksa.


: : Mama dengan bedak sejuknya hehe. Hantar gambar ni kat whatsapp keluarga Puan Normah : :

Terus ke Hotel Seri Malaysia yang telah dibooking. Seri Malaysia ni kena buat major penambahbaikan lah. Macam dah suramgani sangat kelihatannya. Tengah saya dalam bilik air, setiba-tiba blackout gelap gelita. Nasib lah masa tu memang saya dah sudah mandi pun, baru lepas cuci muka.

Tapi satu harus dipuji, ada iron dalam bilik. Sebab kebanyakan hotel yang 2-3 star ni mana nak adanya iron dalam bilik kan. Tapi sis dah iron baju tudung sesiap. Sokayy..

: : Blackout dari 10 malam sampai 12.30 tengah malam : :


: : Kebetulan pulak Encik Z bawak tshirt Blackout ni ha. Ni masa PRU 5 tahun yang lepas. Isu blackout sampai orang buat tshirt. Ingat tak? : :

Salam Syawal dari saya, Encik Z & Yaya. Mohon maaf di atas segala kekhilafan.