Makan-Makan Sebelum Ramadhan

Sebelum puasa hari tu K’RISMA ada buat makan-makan sikit. Sekalian celebrate birthday untuk April & Mei, plus meraikan Vaisakhi sebab ada sorang staf sini bangsa Sikh. Ala saja suka-suka makan-makan. Menu utama ialah mee berbanjirkan udang yang kalau tengok waktu puasa ni boleh mengakibatkan tik tik tik air liur. Dan jua 2 hidangan Indian food iaitu tosei dan putu mayam. Tosei tu saya toksey. Tak kena di tekak. Tapi putu mayam I like, makan bertambah-tambah.

Pakat-pakat dengan Faradi, Umi, KakWan, Liyana, Kak Mas & Zura bawak sorang sikit bahan-bahan untuk menu pecal. Kuah pecal tu yang saya beli dari Neena. Semua orang pun puji sedap dan sekejapan licin dah ha pecal ni. Sesuai untuk hidangan raya kan?


: : Kek beli kat Secret Recipe je la. Senang : :

Sehari sebelum puasa pulak dapat invitation makan-makan. Kak Ju belanja semua team yang involved dengan event GFRID hari tu. Rasa segan pun ada gak sebab saya contribute sikit je pun ha, tapi Kak Ju ajak jejugak, makanya ayuhlah. Makan buffet kat Sani Hotel. Food spread biasa-biasa aje.


: : First time makan Telur Bakar : :

Balik office, sesi bukak hamper pulak. Hamper ni yang semua orang dapat/menang masa minggu sukan K’RISMA hari tu. Kau tengok muncung Normaya. Confirm tengah membawang.


: : Kumpulan Pematah Hati berkongsi tempat pertama dan kedua dengan Happy Feet : :

Khairul, Faizal, Abang Moh Noor, Normaya, Kak Nai dan Kak Noni. Kak Sham dengan Jayn ada event pulak masa ni. Badan terpaksa dicover sebabnya baju saya tu macam tertarik lalu  nampak sangatttttttttttttttt la menggemuk. Tudung pun sama ala-ala tertarik. Tapi tudung ni memang macam tersingkat sikit pon. K k k k takyah nak blame tudung pulok yer Normaya.


: : Selingan. Hadiah Hari Guru untuk cikgu-cikgu Yaya. Saya tempah dengan @shilashower .Shila yang terkenal dengan kekreatifan beliau : :