Grellas Kitchen & Uptown/Dowtown Cheras

Hari yang sama lepak dengan ex SMBBS, malam tu kami 3 beranak keluar nak cari makan. Saya cadangkan makan western kat Grellas Kitchen, Wangsa Maju. Ceritanya asyik naik kat newsfeed je pasal kedai makan ni. Being Normaya, semua tempat viral nak dicuba kannn. Kedai makannya biasa-biasa aje.


: : Kami share order The OMG atas tu : :


: : Drinks : :


: : Fries : :


: : Hmm.. memang agak OMG lah. Untuk harga sebegitu, dapat hidangan sebegini : :

Tak kena di tekak kami. Dan tak berbaloi. Dan tak direkemen. Takkan repeat lagi.
Dari Wangsa Maju, terus ke Cheras. Entahlah tempat ni dipanggil Uptown ke Downtown Cheras. Tapi yang pasti memang kat Cheras lah. Nak cari tempat urut. Ceritanya kaki Yaya sudah terkehel masa dia buat latihan tarian.


: : Urut kaki dulu : :

Alang-alang dah sampai tu, terus je la suruh ia urut satu badan. Macam biasalah kena masuk macam ruangan yang ditutup dengan langsir kain batik. Yaya kena salin kain batik berkemban lah kan. Comel pulak saya nengok nya ha. Lepas tu macam terbayang dia budak kecik bawah umur kena paksa nikah dengan orang tua. Jauh benor halusinasi kamu ni Normaya ehehe..

2 thoughts on “Grellas Kitchen & Uptown/Dowtown Cheras

  1. berkali2 sy scroll atas bawah, tengok harga The OMG tu dgn gambar makanannye.. haha..
    mmg tak berbaloii..

Comments are closed.