Ex SMBBS @ The Mall, Yaohan

Ini keterjadian pada 14 April. Harap tak kena caruts dengan kawan-kawan sebab lambat update kat blog dan segala social media yang ada, walhal dah janji janji janji. Janji dicapati sungguh Normaya ini.

Ceritanya berkomen-komen dalam Facebook, pastu bersambung sambung di whatsapp. Decide nak jumpa 4 orang. Tak boleh tidak, tak boleh tangguh sebab makin lama nanti mesti tak jadi. Janji gitu gini gedebak gedebuk, decide nak jumpa kat Sunway Putra Mall. Kengkonon macam mengimbau kenangan la sebabnya Sunway Putra Mall ni dulu kan ke The Mall aka Yaohan. Tempat kami melepak zaman muda-muda remaja sweet 14 sweet 15 dulu.

Oleh sebab kitorang jumpa belah petang, so saya ajak depa lepak kat The Belgium Taste Chocolate Cafe. Rofa sampai dulu, sampai-sampai tengok saya terus meleleh air mata dia haha. Rofa ni memang sejenis cepat mengalirkan air mata. Sedih ke, gembira ke setiba-tiba je mengalir air mata dia. Tak lama lepas tu Salmi pulak sampai. Ina paling lambat sekali. Bila semua dah sampai salam cium-cium pipi jerit-jerit la sebab lama gila kot tak jumpa. Rofa dengan Ina saya ada jumpa bukak puasa lamaaaaaaaaa dulu, 10 tahun ada kot? Salmi lagi la lama gila tak jumpa lepas masing-masing pindah sekolah Form 1 dengan Form 2. Rindu yang tak terungkapkan konsepnya.


: : Sharing is caring. Hoiii sedap sangat dedua ni I tell you. Walaupun harga agak membunuh, tapi sebab sedap boleh la dimaafkan : :


: : Dari kiri, Ina (jugak dikenali sebagai Ina Saidkid), Salmi, Rofa & Normaya : :

Rasa dah pernah cerita kat blog ni pasal sejarah salasilah zaman persekolahan saya dulu, kan? Siapa pembaca setia ingat kot. Ulang sikit ek. Form 1 sampai Form 3 saya sekolah kat Sekolah Menengah Bandar Baru Sentul. Tapi masuk Form 1 lambat sikit sebab saya tukar sekolah dari Johor Bahru. Masuk kelas 1E3. Kenal Rofa masa ni. Pastu form 2 masuk 2 Maju. Sekelas dengan Ina. Salmi hmmm macam mana eh kita kenal, wak? Sebab Kelab Kembara kot? Haaa kami semua ni ahli Kelab Kembara sekolah. Merasa la pergi sana sini camping, hiking, trekking segala.

Dan kami juga ahli kelab melepak kat The Mall Yaohan. Hari Sabtu, pukul 12 tengah hari, Rofa dengan Ina tunggu kat bus stop kat Jalan Sentul tu, pastu sama-sama naik bas pergi Yaohan. Pukul 5 petang semua kena balik. Zaman tshirt besar, jeans besar, kasut All America yang high cut. Bila fikir-fikir balik, matikla masa tu form 2 kot! Sama dengan umur Yaya sekarang lol. Ni kalau Yaya mintak izin saya nak pergi melepak kira kena bagi ke cemana ni.

Borak, gelak, borak, gelak, bergambar. Panjang umur kita dapat jumpa lagi kan korang. 24 tahun punya perkenalan dan persahabatan. Walaupun on off tenggelam timbul tapi bila jumpa tak rasa kekok ke apa. Seronok masa zaman sekolah dulu, hidup dalam dunia sendiri je kita kan? Takde masa nak mengumpat ke bergossip ke membawang ke. Sekarang, masing-masing dengan kisah tersendiri.

Sayang korang lillahi Taala. Nanti ada rezeki kita jumpa lepak-lepak lagi k?