Phuket, Thailand : Tiger Kingdom

Kebanyakan itinerari tour agency takde tulis tentang Tiger Kingdom pun.
Saya dapat tau pasal Tiger Kingdom ni biasalah, hasil google sana dan sini.
Tengok macam best je kalau dapat pergi ni. Bergambar dengan Pak Rimau kau.
Macam seram jugak tapi macam nak dan teruja. So ayuhlah kita.

Tiger Kingdom ni letaknya lebih kurang 7km dari Patong Beach.
Cuma yang menjadi masalahnya ialah nak menuju ke sana tu, laluannya mendaki bukit. Kebetulan masa tu pulak jalan sesak sebab ada kemalangan.
Bayangkanlah tengah panasnya, dengan jalan sesaknya, dengan daki bukitnya.
Seriau! Dah la saya ni gemuk, takut je tak stabil motor tu ha.
Dalam 30 minit jugak la baru sampainya.

Nanti akan ada staff kat situ welcome kita dan bagi penerangan. Saya dah tau la sesikit sebab dah baca kat website. Memang plan nak ambik yang Medium Tiger.
Kat pc bawah ni nanti korang boleh view dulu la nak tengok cemana ke saiz-saiz harimau yang ada. Website diorang Tiger Kingdom.

Jenis-jenis tiger yang ada ialah Smallest Tiger (Baby Tiger), Small Tiger, Medium Tiger, Big Tiger dan tarikan terbaru ialah El Tigre.

: : Ramah mesra staffnya : :

: : Tiket dan q card : :


: : Kena sign terms of agreement : :


: : Saya tambah lagi THB500 untuk photographer. Nanti dapat CD gambar yang diorang snap. OK gaklah. Bukan hari-hari kau nak bergambar dengan harimau : :


: : Do and dont’s : :


: : Patuhi peraturan k : :


: : Perhatikan skrin kat atas ni. Nanti nombor q korang akan terpapar kat sini. Saya punya turn lambat lagi, so marilah kita jalan pusing-pusing dulu dalam ni : :


: : Tempatnya takdelah besar sangat : :

: : Distribution of Tiger seluruh dunia : :


: : Lepak lu : :

Masa yang ditunggu pun tiba. Sampailah giliran kami. Baca Bismillah selawat banyak-banyak lalu melangkah lah masuk ke dalam tempat harimau itu.
Pandang kiri kanan tengok, aiyooo ada 3 ekor harimau kesemuanya. Kitorang akan bergambar dengan ketiga-tiga harimau ni.

: : Suruh Encik Z pergi dulu. Kemain senyum lebar yer kau bang : :


: : Acah acah sentuh walhal tak kena pun wakakaka : :


: : K k k k try sentuh. Hohohoi cuak! : :

Kita bergerak ke harimau kedua. Tapi kan, harimau kedua ni macam tak begitu memberi kerjasama lah. Dia pandang tepat ke mata saya. Adudududududududu…
Bila saya datang dekat dia dok mengeram ngeram bunyi. Terus saya takmau laa takut!
Tapi bila Encik Z datang, elok pulak dia duduk diam-diam.
Kau gay ke cemana ni rimau?
Tapi staff tu suruh gak, dia kata takpe, saya duduk je belakang Encik Z, so dapatlah jugak posing dengan harimau kedua ini.

: : Encik Z siap baring kat bontot ia lagi ha : :

Diteruskan dengan harimau ketiga. Pun sama mengeram menderam deram berbunyi.
Lepas tu dia macam nak berdiri, badan goyang ke kiri ke kanan.
Pekerja situ suruh tunggu kejap, depa pegi ambik bongkah ais besar letak depan ia.
Ha kemain laju menjilat. Haus rupanya. Sian ia.


: : Haus dan mengantuk barangkali : :

Dalam 20 minit settle semua, bagi q card tadi tu kat luar kaunter dan kena tunggu kejap diorang burn gambar semua dalam cd. Dah lepas dapat cd tu boleh cek dan view kat komputer luar. Tak ingat la saya ada berapa gambar. Dalam 50 kot?


: : Harimau pertama : :

: : Harimau pertama : :


: : Ni harimau kedua yang menggarang tadi : :


: : Harimau ketiga yang haus : :

Sejak balik dari Phuket, saya tak cek pun balik tengok gambar dalam cd tu. Netbook saya dengan laptop Yaya dedua dah nazak, slow bebenau jadi fedap malas nak buat apa-apa. Nanti kot bila dah view tengok dan ada gambar menarik, saya share lagi kat sini k?

Nampak ada orang jual air ala-ala slurpee ni, tertelan telan air liur, lalu belilah kita.
Walaupun harga lepas convert nak dekat RM20. Tskkk..
Panas-panas ni dapat minum air sejuk ceni memang heaven. Sekali sedut licin.


: : Belakang tu kedai souvenir. Pusing kejap je takde apa yang menarik sangat : :

 

Bye bye Tiger Kingdom! Terima kasih sebab bagi kita pengalaman bergambar dengan harimau. Awak best!
Sesiapa yang ke Phuket, korang wajibul ghunnah pergi Tiger Kingdom ni tau!
Memang la harga agak membunuh, tapi sesekali maaa…