Phuket, Thailand : Sekitar Patong Beach

Hari ke 3 di Phuket, kami decide nak jalan-jalan free and easy saja.
Saya masukkan Tiger Kingdom dalam list. Tapi entry tu nanti dulu. Saya update entry jalan-jalan sekitar Patong Beach dulu k.
Memang dah plan nak sewa motor. Ada la kedai proper kat depan hotel kitorang.
Tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, tak muncul-muncul orang yang jaga kedainya.

Lalu kami decide untuk try kat tempat lain je lah. Cross jalan ke seberang belah pantai tu, banyak ha tempat untuk sewa motor. Cumanya diorang takde proper kedai lah.
Pilih la satu tempat ni, dan terus tanya harga apa semua dan syarat-syarat penyewaan.
Harga sewa motor? Hmm.. trip kali ni kan, saya tak bother nak kira berapa perbelanjaan apa semua, boleh? Saya malas, Encik Z lagi la malas. Tapi belanja yang besar-besar macam flight, hotel semua ada la. Tu nanti saya update k.


: : Pemandangan Patong Beach di pagi hari. Gigih depa ni kan? Kemain laju masing-masing jalan nak dapatkan port yang strategik. Kita ni kuasa lah nak berjemur camni rembang-rembang panas : :


: : Acik ni la yang uruskan segala dokumen dan pembayaran : :


: : Hasil pembacaan saya di blog, memang paspot kena tinggalkan pada diorang. Diorang akan bagi salinan macam agreement penyewaan motor tu lah : :


: : Diberi penerangan cecara nak mengendalikan motor. Encik Z kemain suka dengan motor ni : :


: : Siap kena snap gambar si penyewa motor. Ye la takut apa-apa jadi ke kot kan : :


: : Dah siap segala, meh selfie sepam dulu sebelum meneruskan perjalanan : :


: : Bangla Walking Street yang digembar gemburkan. Siang camni je lah view nya. Tapi malam meriah la dengan aktiviti kelab malam dan ladyboynya. Kitorang tak datang pun malam-malam kat sini. Malas : :

Nak ke Tiger Kingdom memang kena lalu kat laluan Bangla Walking Street atas nun.
Sesambil atas motor tu, saya wazelah cari kedai makan halal yang berdekatan. Tup tup sampai kat kedai tu, sekali dah tukar jadi kedai lain daaa.. Tak halal. Waze tak update lah ni huhu. Tengah berkira-kira nak waze kedai lain, Encik Z pulak dok tercari-cari paspot dia.
Saya kata la, paspot kan kena tinggal kat tempat sewa motor tadi. Tapi dia tak percaya kata-kata isterinya ini. Dia ajak patah balik ke sinun. Adududududu…
Nak melawan, bukannya saya reti bawak motor ni pun. So ikut je lahhhh..

Sampai kat tempat sewa motor tu tadi, memang betul paspot depa pegang. Baru la Encik Z tarik nafas lega. Dah pusing balik area tu, saya kata dengan Encik Z jom je la makan kat restoran yang kitorang makan hari pertama tu. Dah situ je pun yang dekat dan tau jalan kan. Lalu kami pun lunch lah di situ, dan lepas tu meneruskan perjalanan ke Tiger Kingdom.

Balik dari Tiger Kingdom kami berhenti bergambar kat :-


: : Hard Rock Cafe Phuket : :


: : Signboard Patong Beach : :

: :  Masa nak masuk parking kat tempat motosikal tu, Encik Z terlanggar tepi motor lain yang tengah park. Tergilis panjang la kaki saya. Sakit boleh tahan. Tu stop kejap, Encik Z urut-urut sikit : :


: : Signboard Patong Beach ni ada 2. Yang dekat dengan hotel saya tu selalu ramai orang bersidai-sidai kat tulisan tu. Yang ni belah hujung pantai, takde orang : :


: : Suami yang bertabah dengan bini yang manjang nak bergambauuuu hehe. Love u shuben! Muahs : :