Phuket, Thailand : JJCM Phuket

Dinner di malam pertama kitorang makan kat San Sabai Restaurant. Tau pasal restoran ni kebab baca blog Kak Filla. Dari hotel kitorang duduk tu jalan kaki dalam 10 minit camtulah.Lupa pulak nak ambil gambar luar sedai. Restoran ni berdepan dengan Mercure Hotel. Google maps je, jumpalah nanti.
Saya dengan Encik Z kalau makan berdua selalu pun memang ambik 2 lauk je. Maksimum 3 lauk. Malam pertama ni kami decide untuk makan tomyam putih dengan sayur kangkung saja.



: : Lemon Ice Tea tin untuk saya. Dan Encik Z pilih coke : :


: : Besar kedainya : :


: : Kau tengok batang kangkung ni. Nangis mak mertua tengok menantu potong batang kangkung ceni. Sesilap makan tercekik : :

Hari kedua kitorang breakfast kat Indian Restaurant. Dia claim halal. Kita percaya je lah, tapi tidak lah kami order pelik-pelik. Restoran ni sebaris je dengan hotel. Dua langkah sampai dah.

: : Belek menu kat luar dulu : :


: : Belah bawah restoran. Belah atas tu hotel depa : :

: : Set breakfast : :


: : Saya order bubur nasi je. Sedap. Encik Z order roti dengan telur : :

Lunch hari ke tiga. Yang kitorang on the way nak pergi Tiger Kingdom tu. kami ma kan kat San Sabai Restaurant jugak.Saya try teh ais dia, Tapi tak sedap sob sob. Encik Z setia dengan air coke nya.


: : Nasi goreng biasa. Dan nasi goreng nanas saya punya. Ok lah sedap gak : :

Dinner hari ke 3. Pun di San Sabai Restaurant jugak. Dah itu je yang tau dan dekat dan dah diketahui rasa makanannya. Pegi tempat lain tak sedap nanti kang sentap pulak kan.
Kopi ais bawah ni Encik Z punya. Sedap pulak. Saya minum sikit. Pastu tapau untuk minum esok pagi.


: : Dinner di hari ke 3. Bab makan simple je kitorang ni. Nak jimat pun yer jugak kahkah : :

Balik dari massage malam ke 3, on the way balik hotel tu nampak ada orang jual pancake ni, so mari lah beli. Walaupun dah pernah rasa dulu masa pergi Pattaya dan Lombok, tapi sokay je lah kan dah alang-alang sampai Thailand. Gerai ni kat simpang nak masuk Royal Palm Beachfront Hotel yang saya stay tu.

: : Pisang tu saya kutip keluar dan Encik Z la menghabiskannya : :


: : Atas tu sos caramel. Sedap! : :


: : Beli malam ketiga untuk bekal breakfast keesokan hari sebelum ke airport : :


: : Ralat pulak rasa sebab tak sempat nak try buah-buahan dan air jus huhu : :


: : Seronoknya kat Thailand ni macam-macam jenis air minuman ada ha : :

So, itu je lah dia JJCM kami di Phuket 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
more...