Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

Walaupun saya ada sejarah silam dengan negeri Melaka kan, tapi jujur dari hati nurani saya, Melaka lah negeri yang paling saya suka pergi untuk bercuti dan jalan-jalan cari makan.
Sebab apa? Sebab kat Melaka ada banyak tempat yang best untuk dilawati walaupun negeri Melaka ni kecik je dan selalu pack terutamanya waktu cuti-cuti Malaysia tapi dan terpaling best sebab food diorang yang beraneka jenis dan sedap-sedap pulak tu. Paling lekat di hati sanubari of coz lah bihun sup kat Tengkera tu. Kalau saya pergi Melaka, memang wajib singgah makan kat sini. Sedapnya la haih!


: : Kat The Shore Melaka. Last saya pergi Melaka September 2016! Lama gila dah tu! Encik Z, jommm repeat Melaka : :

Selain dari tu kuih keria antarabangsa, coconut shake Klebang, asam pedas dan ikan bakar Umbai. Tulis ni pun dah tertelan-telan air liur ha dok membayangkan.
Orang Malaysia kalau tak cerita pasal makanan memang tak sah kan! Tapi makanan la antara faktor tarikan pelancong datang, samada pelancong luar negara apatah lagi pelancong dari dalam negara. Ada kawan-kawan yang sanggup datang balik hari je drive dari KL semata-mata nak pergi makan seafood dekat Melaka. Ala tapi bukan jauh pun kan, 2-3 jam je drive pergi balik kalau tak menghadap jem la.

Tempat-tempat yang menarik pulak kan, jap saya try recall kat mana yang saya dah pernah jejak. Menara Taming Sari, Kota A Famosa, Rumah Terbalik, Pantai Klebang, Perigi Hang Tuah, Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Mini Malaysia, The Shore Sky Tower, Melaka River Cruise, The Stadthuys, A Famosa Resort, Maritime Museum, Pantai Klebang, Jonker Walk, Melaka River Cruise dan Melaka River Pirate Park.

Banyak kan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Melaka ni.
Selalu orang duk kenal Melaka ni sebab sejarah dan dari kecil lagi kita tau cerita pasal Hang Tuah, Hang Jebat, Kesultanan Melayu Melaka dan citer P. Ramlee. Tapi sekarang ni, Melaka jugak kan terkenal dengan theme park nya macam A Famosa Resort Alor Gajah, Melaka Wonderland, Gold Coast Melaka International Resort dan Bayou Lagoon Park. Tanya la mana-mana parents, memang Melaka tempat sesuai untuk bawak family anak beranak jalan. Selain tu, tempat-tempat ni kecuali Melaka Wonderland, ada tempat penginapan sendiri. Memang sesuai sangat bawak anak-anak. Tempat tidur ada, tempat makan ada dan tempat bermain pun ada. Lagi-lagi pada parents yang cuti tak banyak, ada cuti hujung minggu je. Datang je ke sini, check in untuk 2 malam dan spend masa dengan anak-anak sambil bermain air di kolam.

Saya cuma pernah sampai A Famosa Resort Alor Gajah saja. So sad. So yang lain-lain tu memang dalam list dah. Cuma belum sampai masa ke sana je lagi. Oh lupa lagi satu, Philea Resort and Spa! Kepada kawan-kawan yang suka bawak anak jalan-jalan terutamanya anak-anak yang suka kan taman tema air, boleh la check out tempat-tempat ni.

Susun-susun semua tempat ni, rasanya insyaAllah lepas ni nak pergi Bayou Lagoon Park Resort sebab sekarang ada great deal at Bayou Lagoon Park Resort online tau. Tips bercuti dan berjimat, kita checkout promosi-promosi yang ada. Bayou Lagoon Park Resort ni letaknya di Amari Villa, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil. Kalau keluar tol Ayer Keroh tu, dah dekat dah la. Tak perlu nak tempuh masuk bandaraya Melaka.

Kalau baca review orang lain yang pernah ke Bayou Lagoon Park Resort ni, macam best. Penginapan dan yang menjadi tarikan waterpark kat situ. Terdapat beratus pilihan service apartment yang boleh dipilih mengikut keselesaan masing-masing. Bagi Waterpark pula, bukan saja terhad pada sesiapa yang menginap di service apartment, malah sesiapa juga boleh datang untuk bermandi manda di sini dengan bayaran yang berpatutan. Oh ye, dengarnya kat sini juga ada 9D teater dan permainan games. Besar juga la Bayou Lagoon ni kan. So apa lagi jom kita ke Bayou Lagoon Park Resort lepas ni.