Seoul-Ful Fair

Hujung bulan Mac/awal bulan April hari tu ada Seoul-Ful Fair dekat Sunway Putra Mall.
Basically segala berkenaan Korea lah.
Lepas ambik Yaya dari sekolah saja lah ajak Encik Z dengan Yaya pergi sana.
Ada banyak la food yang dijual, tapi masalahnya direct dari Korea so kehalalan toyibban adalah diragui.

Ada booth untuk try Hanbok. Yaya pun belek-beleklah nak cuba. Staff kat situ hulur la sehelai ni, katanya untuk budak. Tapi bila Yaya pakai ajer giler jadi peliknya. Sian anak kita. Tak puas hati, saya suruh Yaya pilih yang lain pulak.


: : Pelik dan kelakar : :

Dah tukar yang ni haaa baru la molek comey macam anak Korea.
Hanbok memang lah jenis labuh camni. Geram pulak kita dengan staf yang bagi baju merah atas tu grrrrrr..


: : Anak siapa yang comel sangat ni : :

Hari yang sama, Jumaat tu lunch time saya keluar dengan Kak Gee & Kak Lin.
Kak Lin ajak makan kat Dubuyo. Saya try menu di bawah (tak ingat nama) sedaplah.
Sebelum ni saya try yang menu daging tu, kali ni try yang berkuah.
Ala-ala macam tomyam, tapi lagi sedap. Ada lunch set pulak tu, so memang berbaloi.


: : Chicken wings ni pun sedap gak, cumanya macam dah kenyang, so tak feel sangat makan : :