Sambal Pecal Warisan

Beli sambal pecal ni dari blogger Neena Anuar bulan lepas lagi, tapi last week baru berkesempatan nak buat ha.
Gigih sediakan bahan-bahan ok. Senang je pun sebab kebanyakan potong dan celur je.
Cuma tempe & tauhu kena goreng.

Sambal pecal yang diberi nama Sambal Pecal Warisan ni senang sangat nak bancuhnya.
Campurkan air panas ikut kepekatan yang kita nak.
Tu pun pakai sikit je ha. Dah la saya tamak haloba beli sampai 2. Setiap satu tu 500gram.
Rasa? Memang sedap. Serius.
Boleh buat banyak-banyak kali ni. Kalau rajin nanti insyaAllah nak bawak pergi office lah.