Phuket, Thailand : Suwannakuha Temple & Lunch at Panyee Island

Being Normaya, memang tak gemar lah aktiviti pantai laut dan air bagai ni.
Tapi sebab nama tempat pun Phuket, nak tak nak kita buat jugaklah satu aktiviti air.
Minimalis saja aktivitinya. Tak perlu berbasahan pun.
Juling jugak bijik mata nak pilih pakej satu persatu sebab pakej kat Phuket ni memang banyak.

Pakej ini diberi nama Phang Nga Bay Sightseeing + Canoe by Long Tail Boat.
Siap-siap pagi tu dan breakfast kat satu kedai Arab ni. Tu nanti saya cerita dalam entry khas JJCM di Phuket ya. Tunggu transport datang pukul 10.30 pagi. Van besar, memula ingatkan kitorang berdua je, rupanya tidak k.
Dekat satu persatu hotel dia stop ambik orang. Total hotel yang dia stop 5 hotel kesemuanya. Pitam!
Ada pulak stok hotel yang memang masuk ke dalam dalam dalam.

: : Cahaya mentari sudah mula memanaskan paha ku : :

2 jam setengah kooooo dalam van. Berpeluh-peluh kau tau.
Pukul 1 tengah hari baru sampai dekat Suwannakuha Temple. Juga dikenali sebagai Monkey Temple. Bergambar la lebih kurang dengan monyet yang ada.
Ni ala-ala macam yang kat Bali tu la, monyet berlambak.

: : Suamiku bukan suamimu : :

Dekat belah depan ada Gua yang ada Suwannakuha Temple tu lah.
Kitorang jenguk dari luar je. Motip lah pulak nak masuk dalam kan. Lagipun dalam tu tempat ibadat depa.



: : Perjalanan diteruskan. Hey apa ni panas-panas melekit sibuk nak pegang tangan berkepit. Hitamnya laki mak. Matiklahhh : :

Saya beli bekas sarung yang letak handphone tu. Ala yang water proof boleh bawak masuk air tu. Saja la konon takut handphone kena air.
Tapi bila nak snap gambar haaa jadilah seperti di bawah. Blur. Terus campak buang huhu.
Sampai kat jeti, kami diarahkan untuk pakai safety jacket.


: : Dan beraturlah menunggu giliran nak naik longtail boat : :

Kalau ikut jadual asal, patut nya terus ke Pulau James Bond tu, tapi gamak sebab masa ni dah pukul 1.45 tengah hari, so terus je diorang bawak pergi lunch.
Molek gak la tu, memang melapau dah perut masa ni.


: : Rambut perempuan orang putih depan tu terbang-terbang kena muka saya. Tak sukeeeeee : :


: : Tu sudah kelihatan perkampungan muslim, tempat kami nak lunch : :


: : Satu table duduk 6 orang : :


: : Perempuan sebelah Encik Z dengan mat salleh sebelah dia tu saya syak ialah scandallicious. Hiks : :

: : Nanas ia tak kick lah. Tak manis melecas huhu : :


: : Nancy, tour guide kami. Berpesan-pesanan sekian sekian waktu kena ada dalam bot dah : :

Alhamdulillah, makan sedap dan kenyang dan puas hati. Oh yer kat sini pun ada surau tau so boleh la nak solat. Nancy, siap pandang tunjuk saya ‘You want to pray, you can pray here’ . Baiklah Nancy…..

: : Lens kena air la tu jadi blur camtu tsk : :

OK jom bergerak ke destinasi seterusnya…