Phuket, Thailand : Sawadeekap & Madunan T-Shirt Shop & Factory

Sawadeeeeeeekap….

Percutian pertama 2018 ke luar negara! Yey!
K k k k luar negara yang cuma mengambil masa 1 jam setengah saja perjalanan hiks.

Ok kenapa Phuket? Why Phuket?
Bukankah kau sejenis yang tidak suka dengan aktiviti pantai dan laut dan pulau bagai?
So kenapa Phuket Normaya?
Ceritanya begini.. saya nak jugak ada trip berdua-duaan dengan Encik Z setiap tahun.
Yerlah, selama ni memang ada je trip berdua tiap tahun sebab Yaya kat Taiping kan.
Bila Yaya dah ada kat KL ni takboleh dah la nak bercuti membabi buta, siapa pulak nak hantar ia pergi sekolah kan?

Saya tanya la Yaya dulu boleh ke Mommy tinggal Yaya pergi bercuti dengan Ayah?
Yaya ok sangat, siap dialu-alukan. Pergilah, pergilah katanya. Rupanya dia memang berniat nak pergi rumah Kaklong, rindu kat Opah dan nak lepak dengan adik-adik sepupu.
Saya pun suarakan lah hasrat kepada Encik Z. Fikir punya fikir, taknaklah pergi jauh sangat sebab malas dan bajet ciput haha.

Lagipun kan, bila sembang pasal percutian dengan kawan-kawan mesti ada je yang tanya ‘Laa kau dah pergi oversea sana sini, tapi Phuket dengan Krabi kau taknak pergi?’
Sentaps! K k k k fine fine fine.

Compare flight ticket MAS, Air Asia dan Malindo.
Decide nak ambik Malindo walaupun takdela murah pun, tapi sebab dah all in so ok lah. Beli tiket pada 12 Februari 2018 dengan harga RM1098.20.
Memang sebulan je jaraknya, that’s why harga agak memahal.
Saya pergi Phuket ni 4 hari 3 malam dari 17 – 20 Mac 2018.

17 Mac 2018, flight pukul 8.40 pagi. Memang sejenis suka ambik flight pagi, tapi lepas tu nak bangun pagi adududududu sangat. Saya memang akan tidur jugak walau sekejap.
Tapi Encik Z kalau dah lewat sangat dia berjaga je tak tidur termasuklah trip ke Phuket ni.
Park kereta kat Putrajaya & Cyberjaya. Naik ETS terus ke KLIA.

Makin lama makin berani pulak kitorang ni keluar dan sampai lewat.
Dulu dulu dulu dulu takut terlewat, memang 3 jam sebelum dah ada kat airport tau.
Sekarang ni dok fikir ala 2 jam pun sempat lagi.
Natijahnya, tak sempat nak duduk breakfast. Tapi takpela, Malindo kan ada serve makan.

Malindo kena naik dekat KLIA. Tapi tak sangka pulak kena jalan ke landasan macam ni. Macam dulu-dulu masa Air Asia baru wujud. Kan ceni kita kena jalan nak ke plane. Terasa macam Malindo dianaktirikan pula di KLIA ini huhu.


: : TV depan kita rosak sobsob : :

Flight bertolak lewat 20 minit, tapi saya tak sedar pun bila take off sebab naik-naik terus zzzzz. Tersedar bila crew start nak distribute makan.
Tapi tapi tapi tapi, pilot ni bawak punyalah lajuuuuuu nya. Memang nak kejar timing sampai kat Phuket pukul 9.05 minit waktu Thailand lah tu.
Kitorang ni pulak seat belakang. Ingat kot diorang tolak cart dari belakang dengan dari depan. Rupanya tolak dari depan saja. So berjangguitlah nak tunggu food sampai.

Crew ni semua dah menggelupur kelam kelibut serve makanan.
Masa kat seat depan kitorang, ada la sorang passenger ni berdiri nak ambik barang kat compartment atas tu, then stewardess ni kata lah “Encik minta duduk. Kita dah nak berlepas. Eh berlepas pulak. Dah nak mendarat. Tengok, saya pun dah ting tong”
Hehe so comel. Memang semua dah menggelabah masa ni.

Saya dengan Encik Z still tak dapat food lagi ni. Bila dah dapat, terus announcement dari pilot kata “Buckle up your seat, we will be landing shortly”
Crew dah start nak collect sampah semua, kitorang still struggling nak makan sebab panas kot.


: : Comot comot lasagna dibuatnya. Tapi sedap. Muffin green tea tu pun sedap : :

Pastu kan, dapat la air blackberry. Saya baru minum seteguk.
Stewardess lalu, dia tegur orang depan suruh naikkan shade. Saya konon niat baik tolonglah naikkan, sekali paling tengok dia dah angkat air blackberry saya. Uwaaaaaaaa..
Pulangkan air blackberry kuuuuuu sob sob. Muffin tu tak sempat makan, bungkus masuk dalam beg je.
Beberapa minit lepas tu, sudah kelihatan daratan Phuket.

: : Hello Phuket! : :

: : Landing time! : :

Untuk jalan-jalan kat Phuket ni, saya engaged travel agency Phuket Easy Tour.
Tapi tak ambik full package pun. Hotel saya book sendiri. Hari ketiga pun jalan sendiri.
Nanti saya share full itinerary kat entry hujung-hujung k?

: : Dah ada orang menunggu di airport : :


: : Entahlah apa nama kenderaan ni. Tapi besar lah. Boleh sumbat 10 orang, tapi kami berdua saja. Kalau travel ramai jimatlah kan. Kalau travel berdua ceni, costnya bahagi 2 je lah. Walaupun saya yang bayar sensorang pun pffttt : :


: : Bertiga bersama driver : :


: : Sian shuben iolls letih : :


: : Belakang seat driver ada Phuket Excursion ni besar gila depa print : :


: : Phuket Island Map : :

Driver tu tunjuk la list Phuket Excursion tu pada saya. Tapi saya memang dah list dah sesiap tempat yang saya nak pergi. Siap dengan google map jarak semua.
Dia tengok dan angguk-angguk so ok la ikut apa yang saya dah listkan. Takyah pepening. Encik Z jangan kau tanya la, memang dia tiada halangan, follow saja.

Destinasi pertama kami ialah Madunan T-Shirt Shop & Factory.
Tempat pembuatan dan penjualan tshirt secara besar-besaran.
Tengok signboard kat luar tu pun boleh agak kot ownnernya mesti orang Indonesia.
Yer tepat sekali bila orang yang bagi briefing tu pun cakap Indonesia.
Tshirt kat sini ada kategori berkualiti dan ada gak kategori night market.

Material, design dan jenisnya memang pelbagai. Pilih je lah mana yang berkenan di hati.
Settle tshirt untuk kami 3 beranak dan anak-anak saudara semua kat sini.
Saya beli fridge magnet dengan pencil case jugak. Fuh belum apa-apa dah shopping acaner?