Phuket, Thailand : Rang Hill & Cashew Nut Factory

Destinasi ke 2 ialah Rang Hill iaitu look out view point.
Boleh nampak view Phuket dari atas bukit gitula.


: : Phuket City : :
: : Ni ada restoran kalau nak lepak-lepak minum sambil layan view. Tapi kami takde la minum-minum pun, nak berkejaran ke tempat lain pula : :

Destinasi ke 3 ialah Cashew Nut Factory yang terletak di Methee.
Tempat ni ialah tempat pengeluaran produk cashew nut secara besar-besaran.
Ada kilang dan kedai jualan. Tapi selain cashew nut ada jugak produk lain.
Tapi main product nya ialah cashew nut lah. Yang dah dipelbagai dan divariasikan flavournya.

: : Cashew nut gergasi kat luar kedai : :


: : Ada air teh o disediakan untuk pelanggan. Blur pulak gambar ni hmm : :

Takdelah besar sangat ruang dalam ni. Ada 2 bahagian. 1 memang fokus untuk cashew nut. 1 lagi tempat jualan produk lain.
Yang kat bahagian cashew nut tu ada banyakkkkkk jenis-jenis cashew nut yang dah dipelbagaikan perisa. Ada coklat, cili, caramel, garlic, butter dan macam-macam lagilah.
Ada free tester. Kebetulan saya dengan Encik Z memang tengah lapar, kitorang ngaplah semua jenis tester tu. Siap repeat 2 kali. Rupanya perbuatan kami itu diperhatikan oleh salah seorang pekerja. Dia datang dekat dan tanya “Can I help u?”
Elehh takyah nak help sangat la. Kitorang nak try test rasa je la. Bukan nak makan free. Padahal memang nak makan free pun haha


: : Garlic ni sedappppp sangat! : :


: : Harga boleh tahan mahal jugak sebenarnya. Tengok yang salted tu THB220. Lebih kurang RM25. Tapi cashew nut memang mahal kan? : :


: : Ni yang baru nak diproses : :


: : Proses mengupas kulit : :


: : Natural with skin. Geli pulak tengok skin gitu : :

Lepas tu belek-belek produk kat bahagian lagi satu tu.  Yaya kirim Dried Mango. Ada 2,3  jenis gak kat sini. Saya ambik 2 jenis sekali.

: : Ada tester gak. Kita rasa la semua : :


: : Keropok, roti semua ada. Kalau tengok dan korang rasa teringin, beli je lah. Takut takde jual kat tempat lain kan : :