Phuket, Thailand : Prompthep Cape & The Royalpalm Beachfront Hotel

Destinasi ke 7 hari ini ialah Prompthep Cape.
Promthep Cape adalah salah satu lokasi cantik untuk bergambar dan terkenal di Phuket untuk tengok sunset. Tapi dah kami datang petang rembang mana nak adanya sunset kan.
So kita layan view je la sebentar. Panas I tell you. Encik Z pun dah takde mood masa ni.
Saya kata jom la snap gambar laju-laju then gerak.
Ye la dari pagi kan, dengan tak tidurnya, dengan panas teriknya, dok bayang nak balik hotel mandi dan rest je. Haaa tak masuk dengan perut kriok kriok dah ni.

: : Gajah pelbagai rupa : :


: : Boleh jalan lagi turun bawah sana. Memang kami toksey la : :

Meneruskan perjalanan ke hotel yang saya dah booking, iaitu Hotel The Royal Palm Beachfront. Hotel ni saya dapat deal dari Malindo Holidays.
Lepas saya book flight ticket Malindo Airlines tu, dapat suggestion a few hotel dari diorang. Kira dapat harga murah lagi la kalau book dengan diorang terus.
Hotel ni memang strategik sangat, depan Patong Beach betul-betul. Cuma seberang jalan saja.

Saya tengok kat booking.com boleh tahan mahal jugak tau harganya.
Dengan Malindo Holidays ni saya dapat RM523.76 untuk 3 malam, without breakfast.
Bilik without window. Sokay je pun sebab bilik ia besar, so takde la rasa lemas rimas ke apa. Memang saya rekemenkanlah pada sesiapa yang nak ke Phuket.

Rehat, solat apa semua, lepas tu terus siap-siap nak pergi makan.
Entry tempat makan nanti saya kumpulkan sumbat semua dalam satu entry lah yer.
Lepas makan terus tunggu driver, kami nak ke Phuket Fantasea!