Phuket, Thailand : Phuket Fantasea

 

Phuket Fantasea Show is inspired by Thailand’s rich and exotic heritage, and not only showcases the charm and beauty of Thailand, but also enriches ancient Thai traditions with the wonder of cutting-edge technology and special effects. This includes acrobatics, illusions, pyrotechnics, stunts, aerial performances and more. It involves a cast and crew of over 400 people, 44 elephants, three tigers, 40 goats, 40 chickens and 400 pigeons. The result is a stunning 140-acre theme complex, packed with a multitude of activities and entertainment: a Carnival village with games, handicrafts and shopping; a 4,000-seat theme restaurant offering a grand buffet of Thai and international cuisines; and a breathtaking Las Vegas-style theatrical show, where state-of-the-art technology and special effects enhance the grace and beauty of Thailand’s myths, mysteries and magic in a wondrous extravaganza certain to delight the whole family.

Saya baca kat internet kata kalau pergi Phuket kan, wajib menonton show Phuket FantaSea.
Kalau tak nonton umpama belum jejakkan kaki kat Phuket gitu.
Tiket Phuket FantaSea ni saya beli via PhuketEasy.com jugak. Depa uruskan semua.
Driver datang pick up pukul 7.45 malam. Tapi bebetul start show nya pukul 9 malam.

Dalam tempoh satu jam sebelum show tu boleh la jalan pusing-pusing dalam tu.
Ada games, ada show, kedai jualan. Actually tiket Phuket FantaSea ni ada 2 jenis.
Satu dengan buffet dan satu tiket sahaja.
Saya tak ambik yang buffet tu sebab harga tiket sahaja mahal baqhang.
Harga semua nanti saya share kendian tau.

: : Print out voucher tu kena tukar dengan tiket kat kaunter : :


: : Peta Phuket FantaSea. Takde la besar sangat tempat ia sebenarnya : :

: : Pintu masuk ke dalam : :

Pekerja nya semua penuh dedikasi dan peramah. Senyum manjang sampai ke telinga.
Tangan kat dada dok ber “Sawadeeekaaap”.


: : Ni dah masuk dalam : :

Kiri kanan memang macam-macam ada la. Tinggal lagi saya tak snap banyak gambar.
Malam kan, so kualiti gambar pun tidaklah berapa molek.
Tengah dok layan kiri kanan, nampak ada segerombolan orang berarak seperti gambar di bawah.
Rupanya jap lagi ada stage show. Ok kita standby lah sesiap depan stage.

Tak lama lepas tu ada la show joget-joget. Lagu tradisional, lagu moden semua ada.
Macam ada lakonan gitulah. Pengacaranya dah siap-siap automatik keluar kat skrin seperti gambar di bawah. Performance semua dalam Bahasa Thailand.
Geng Geng Sajat pun ada jugak ala-ala cabaret show gitu.


: : Semua kedai dan tempat games ginilah konsepnya. Warna warni AidilFitri. Tu sebenarnya kedai souvenir je pun : :


: : Ni pulak kedai barang kemas. Mampu datang Phuket FantaSea beli barang kemas? : :

Waktu yang dinanti-nantikan pun tiba. Dalam 8.40 malam camtu kami dah boleh q masuk dah. Ceritanya, handphone dengan kamera tak boleh bawak masuk. Kena simpan kat locker khas. Masa mula-mula baca kat internet pasal syarat ni memang saya agak susah hati. Mau tak, risau la kan nak tinggalkan handphone cenggitu jer. Bukan sebab nak snap gambar ke nak rakam video ke apa, tapi sebab kena tinggalkan handphone kan.
Tapi sebenarnya tak yah risau pun, sangat bersistem cara simpanan tu.
Diorang akan bagi token berwarna ikut arah mana kita simpan handphone tu. Dan locker ia sangat banyakkkkkkkkk.. Oleh sebab tak boleh bawak masuk handphone, so takdelah sebarang bukti bergambar di dalam hall itu.

So cemanakah show itu? 20 minit pertama tu macam membosan sikit persembahan tradisional depa. Cam slow la. Encik Z siap tertidur ha. Saya pun mengantuk tapi ku tahan jebat. Lepas tu dah start best dah. Ada show silap mata. Ada persembahan orang tergantung kat siling. Tinggi kot siling tu! Ada warna warni.
Paling best show gajah, ayam, burung. Semua ikut arahan cantik je depa beratur.
Eh show harimau pun ada. Pendek kata best best best (bak kata Abang Abu yang merapu itu). Korang kenal ke Abang Abu? Ni nanti saya rajin saya up entry. Sakit hati titew tau tak.
Makanya korang kalau ke Phuket sila lah saksikan pertunjukan Phuket FantaSea Show ini k? Keterangan lanjut nah pergi website depa sana.


: : Pintu masuk tempat show yang diberi nama Place of the Elephant : :

Di penghujung show depa jatuhkan beratus-ratus belon. I pun kutiplah 2 ketul.
Saja mengada kan, bawak balik hotel. Kalau lah dapat instastory atau snap gambar kat tempat kejadian tu mesti korang pun kagum tau.
Sampai hotel, naik tangga nak ke bilik nampak ada sorang budak lelaki, anak mat salleh dalam umur 4 atau 5 tahun. Saya hulur la 1 belon kat dia.
Mak nya punya kagum berterima kasih cakap kat saya ‘You are so beautiful. Very nice of you. Thank you so much”
Pastu dia berpaling pandang anak dia ‘You are such lucky boy you know that”
Budak kecik tu tersengih-sengih. Comel je dengan rambut keemasan perang dia tu.

Seronok dan bahagia bila kita dapat menggembirakan orang lain, kan?
Benda yang kita rasa kecil, tapi terkesan di hati orang 🙂