Phuket, Thailand : James Bond Island

Tujuan utama saya ambil pakej ni ialah sebabnya nak ke James Bond Island atau nama sebenarnya ialah Khao Phing Kan. Pelancong mula memanggil tempat ini dengan nama James Bond Island lepas filem James Bond – The Man with the Golden Gun shooting kat sini, way back tahun 1974 dahulu.
Saya pun konon nak lah merasa menjejakkan diri dan kaki kat pulau yang terkenal sangat ni ha.

Eh sebelum tu lupa plak nak membawang. Dalam bot tadi kan, saya dengan Encik Z terpaksa duduk berhimpit dengan satu couple mat salleh ni. Maknanya sebaris tu kami berempat.
Ceritanya, masa mula-mula naik dari jeti awal tadi tu, ada 4 orang sekawan ni, orang Arab rasanya, depa memula duduk satu barisan tu berempat.
Lepas lunch, depa ambik 2 barisan, duduk berdua je. So couple ni tadi dah takde la tempat nak duduk berduaan. Kitorang pulak yang jadi mangsa depa nak duduk berhimpit.
Yang Arab ni pun. Kau duduk bertiga, sorang lagi duduk la row lain takleh ke.
Couple mat salleh ni pun sama gak. Duduk je la sorang depan sorang belakang.
Nak jugak berkepit duduk sama-sama, sudahnya semua berhimpit-himpit.
Saya memang membebel ah mengata orang Arab tu. Depa pun tau dan muka cuak bersalah lettew. Nasib aaarrrr.


: : Ao Phangnga ni kawasan terletaknya James Bond Island : :

Kawasannya sempit dan kecik je. Bot banyak gila bersusun. Kena panjat naik tembok untuk keluar dari bot. Saya dah merisau dah ha. Risau sebab apa? Jap saya cerita.

Kami diberi masa 30 minit untuk ronda dan ambik gambar. So lelaju lah kita.
Manusia boleh tahan meramai. Pandai-pandailah kau cari ruang nak bergambar kat landmark tempat ni. Iaitu seketul batu panjang kat belakang nun ha.


: : Bila jadi gambar camni, paham-paham je lah. Dah kena air la lense kamera tu : :


: : Nak snap gambar ni kena mendaki sikit ke belah kiri. Mintak tolong sorang pelancong lelaki Cina yang tengah selfie sorang-sorang : :


: : Yang ni kena turun belah bawah. Siapa nak mandi boleh je la masuk dalam air sana : :


: : Ada orang menjual juga. Saya beli 2 ketul fridge magnet : :

Lepas tu jalan-jalan je la buang masa kat sekitar kawasan tu.
Taktau la esok lusa kalau batu yang jadi landmark James Bond tu reput ke, patah ke, akan adakah lagi orang nak datang ke sini?
Oh yer, selain dari filem James Bond shooting kat sini kan, video clip Siti Nurhaliza lagu Seribu Kemanisan pun shoot kat sini tau. Masa tu tidaklah pulak ada orang.
Ntah ntah tempat tu memang tutup khas untuk Siti Nurhaliza kot.


: : Sian husband kita penat menahan badan dan paha kita yang melimpah ruah itu : :


: : Kena lalu tepi-tepi belah kuning tu nak masuk bot : :

Yang saya kata saya merisau kena melangkah naik dan turun bot ni kan, sebabnya kan… seluar saya koyak! Uwaaaaa… Bukan la koyak kat kangkang tapi koyak kat belah kanan seluar. Nasib bawak pin so pin lah sikit. Tapi lepas tu makin besar koyak/tetasnya. Tu yang saya cuak bila nak kena langkah-langkah ni. Adoiyaiii.. Bukan salah seluar, tapi salah sendiri, paha sebesar rumah. Sobs..

Waktu balik ni orang Arab 4 ketul tu duduk sebaris sesama. Ha sib baik tau pun.
Be considerate la kan. OK bye bye Pulau James Bond. Kalau tanya nak datang lagi ke tak, thanks but no thanks. Cukup merasa menjejak sekali sudah…