Phuket, Thailand : Big Buddha

Tempat ke 6 yang kami tujui ialah Big Buddha.
Big Buddha Phuket adalah salah satu mercu tanda yang paling penting dan dihormati di pulau itu. Imej besar terletak di atas Nakkerd Hills antara Chalong dan Kata dengan ketinggian 45 meter, dapat dilihat dari sejauh Kota Phuket dan Pantai Karon.
Selebihnya boleh baca kat SINI.

: : Park kenderaan dan kena menapak sikit. Ni dari bahagian belakang : :


: : Masuk percuma saja : :


: : Satu tempat pun saya tak check in kat Phuket ni. Malas : :

Kena menapak naik tangga nun di belakang sana itu. Boleh naik je tau, turun kena turun laluan lain. Belek gambar dalam handphone, takde pulak saya snap laluan turun ha.
Cuaca dah start menyengat dah masa ni. Panas.

: : Apala agaknya maksud 0 di belakang itu? Tanya saya pada Encik Z. Katanya Kilometer Nol. Suka hati kau je kan bang : :


: : Takut tengok mata Big Buddha tu. Macam tengah usha saya je kan : :


: : Sampai atas sudah. View kat belakang tu lawa! : :

: : Cuaca panas tapi angin kuat kat atas ni. Siapa tengok insta story saya mesti perasan tudung saya terbang-terbang : :


: : Wish tree maybe : :


: : Kepercayaan dan adat mereka : :


: : Kat atas pun ada 0 ini. Semakin gelodak dalam jiwa nak tahu apakah maksudnya : :


: : Jalan turun di sebelah kiri patung ini : :

Dah sampai bawah baru perasan sebelah 0 tu ada tulisan seperti berikut.
Sunnata (Sunyata) is the fact that all things are empty of intrinsic existence and nature.  It is the state of nirvana.
Translate : Sunnata (Sunyata) adalah hakikat bahawa semua perkara kosong dari kewujudan intrinsik dan alam semula jadi. Ia adalah keadaan nirvana.

Faham ke tak? Sebab saya tak faham ehehe. Encik Z kata maksudnya asalnya kita ini semua pun kosong. Macam lirik lagu Tetamu Senja – Kopratasa tu, Kita datang ini kosong tangan kosong dada. Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.
Gitulah kiranya.


: : Celebrity Buddhist. Ada abang Keanu kita lah.  Kak Jolie kita pun ada : :


: : Unik dan misterinya Buddha itu sendiri : :


: : Panas-panas ni pekena nanas pun sodap kan : :


: : Tapi kenapa nanas awak tak sedap?! Kata nanas Thailand sedap. Apa ni apa ni apa niiii : :