Phuket, Thailand : Berkenu di Thalu Island

Aktiviti seterusnya ialah berkenu atau berkayak. Eh ke lain antara kenu dan kayak?
Tapi dalam kes ni kayak lah kot. Sebab dah namanya canoe kan. Nama tempat ni ialah Thalu Island.

: : Nancy memberi penerangan : :

Ikutlah giliran beratur untuk naik kenu. Jangan risau, akan ada sorang yang mendayung.
Jadi kau feeling feeling je lah tak dayung pun takpe. Satu kenu tu memang untuk 3 orang.
Nak lompat masuk dalam kenu ni pun saya merisau. Aterrrrr seluar saya tu kan dah koyak kat tepi. Jangan la terus {efek bunyi koyak}. Terpaksa la cabut tudung ikat kat punggung. Hiks. Kena duduk kaki menjulur. Lenguh baqhang. Tapi terpaksa ku tahankan jebat. Macam nak cramp pun ada huhu. Habis cemana, takkan nak duduk nyangkung pulak kan.
Last saya berkenu berkayak ni masa masuk Kelab Kembara zaman Form2, form 3 dulu.

Nanti pendayung kayak ni akan masuk macam dalam ala-ala gua gitu lah.
Lalu bawah batu-batu ni semua. Unik dan cantik. Kagum jugaklah saya dibuatnya.

Sampai hujung ada satu kawasan mendatar macam ni. Nak tau ada apa kat sini?
Ikan belacak. Surprisingly, orang Thailand pun panggil ikan belacak, belacak tau.
Nampak jelas la kat permukaan atas tu ikan belacak ni semua.

Gigih si pendayung bawak daun bentuk love ni ha. OK lah pendayung tu baik dan ramah orangnya, tolong snap kan gambar semua. Kita pun bagilah dia tips.


: : Berkayak dalam 30 minit kot rasanya. Lalu kembalilah semula ke jeti : :


: : Dalam panas-panas tu dapat minum air sirap, oh alangkah nikmatnya. 2 gelas saya bedal : :

:
: : Waktu balik saya duduk depan sebab selesalah sikit. So Encik Z boleh duduk tepi tingkap. Rambut pun dah terkeluar kusut masai. Jangan kecam plis : :

Sama seperti datang tadi, masuklah ke dalam dalam nak hantar passenger yang lain.
Korang pun tau kot, kat Phuket ni tempat yang happeningnya ialah kat Patong Beach. Hotel yang ke dalam ni semua macam private beach dan tenang santai-santai takde hiburan malam semua tu lah. Fikir-fikir, macam ok je kalau betul bercuti nak berehat taknak buat apa-apa aktiviti, then ambiklah hotel yang macam ni.
InsyaAllah one fine day panjang umur dan bila dah menghampiri warga emas, bila nak bercuti berduaan dengan Encik Z, cari hotel-hotel camni.