Meeting, Wedding & Dukun

7 April hari Sabtu, pagi-pagi Encik Z dah hantar saya pergi MGS sebab ada Meeting PIBG.
Kali ni dengan semua Pengetua, PK, Cikgu-cikgu dan Ibu Bapa.
Nasib baik ada breakfast, kalau tak mau kelaparan. Mau taknya, pukul 7 pagi dah keluar rumah. Mana sempatnya nak breakfast memana.
Patut meeting start pukul 8, tapi gedebak gedebuk pukul 8.30 pagi baru mula.
Pong pang gedebak gedebuk jugak, pukul 12.40 tengah hari baru habis.
Banyak isu berbangkit tu yang lama tu.
Tapi bestlah MGS ni, macam-macam aktiviti dan program depa buat.

Balik rumah siap-siap terus gerak ke Bangi pulak.
Nak attend wedding anak kepada Abang Sly, ex officemate saya kat Hotel Bangi-Putrajaya. Gambar pengantin takde, kita bergambar dengan mak ayah pengantin lelaki je lah. Tahniah Abang Sly & Kak Lena terima menantu 🙂

: : Sempat selfie dengan Liyana je sebab yang lain-lain ramai datang awal : :

Ajak Encik Z nonton Dukun, dia ok jer so ke Alamanda lah kami.
Tengok show pukul 4.50 petang. Biasa-biasa aje kot Dukun ni. Nak kata best sangat pun tak, tapi takdelah tak best. Kalau tayang 12 tahun dulu maybe la gempak sebab tengah hot cerita Mona Fandey kan.
Tapi kalau korang tak tau kes Mona Fandey pun, akan faham je jalan cerita Dukun ni sebab straight forward saja.
Moral, jangan minta selain kepada Allah SWT.
Setiap apa perbuatan kita, ada harga yang perlu dibayar. Gitu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
more...