Jumpa Kak Ana kat Sogo

Bertahun dah rasanya tak jumpa Kak Ana, rakan coursemate kat Politeknik Port Dickson dulu.
Walhal ikutkan tempat kerja bukanlah jauh mana pun.
Saya biasa beli perfume dari Kak Ana, kirim dengan Abang Long je sebab diorang kerja satu office.

Ada sekali tu Kak Ana ajak jumpa. Dia nak datang Sogo.
So lunchla together-gether. Kebetulan KakTin tanya saya lunch kat mana, so join je sekalian.
The more the merrier.

Satu jam lunch tak sempat lah nak bersembang sangat.
InsyaAllah nanti raya saya ada plan nak ajak semua kawan-kawan DSK datang rumah. Masa tu nanti ha kita sembanglah sampai lebam 🙂