3 Budak Gemok

Asal ada makanan viral je, Normaya pun sibuklah nak jugak cecuba try. Kali ni ialah Nasi + Ayam Kicap + Sambal Power by 3 Budak Gemok.
Depa meniaga tepi jalan je dekat Seksyen 10, Wangsa Maju.
Gerai depa betul-betul depan Garsa Kitchen.

Ada sehari tu hari Sabtu, Yaya ada program kat sekolah.
Lepas ambik dia, pergi Melawati collect Magnetic Pin dUCks kat personal shopper.
Then terus lah pergi. Masa tu dalam pukul 12, nasib baik dah bukak.
Sebab ikutkan 12.30 waktu operasinya.
Lepas saya dengan Yaya q, hah bertambah ramai dah start q.


: : Kat sebelah gerai depa ada orang jual air lemon. Kita beli lah 2 cawan untuk dipasangkan dengan nasi nanti : :

Basically ia adalah nasi putih dan ayam ala-ala masak kicap.
Tapi bagi saya bukanlah masak kicap sangat, sebab ia kering. Macam ayam masak bali.
Pastu ada hirisan timun, dan yang memviralkan lagi nasi 3 budak gemok ini ialah sambal gesek ia yang pedas berapi. Tapi sedap lah. Cuma tak boleh makan banyak.
Terbakor bibir hehe.

Lepas walk in kat Wangsa Maju tu, saya paksarela geng Kita-Kita Aje untuk rasa sama.
Kumpul-kumpul order dan beli lah beramai-ramai. Ramai yang kata suka dan sedap.
Kali ke 3 repeat order lepas balik dari Phuket. Tapau sekali bawak balik untuk Yaya. Dia pun suka.
Sekarang ni HQ depa tak menang tangan dah nak ambik order direct, so diorang lantik agent mengikut kawasan.
Kawan-kawan office, kalau nak order boleh pergi ke IG @agent_3bg_bangsar , k?