K’RISMA CNY Celebration 2018

Makan-makan sempena CNY anjuran K’RISMA pada 27 Februari 2018.
Saya terlibat secara langsung jugaklah dalam event ni sebab saya kan committee K’RISMA. Gituuu. Makan simple-simple aje sebab minum petang je pun.


: Geng below 40 nama diberi. Tapi saya dah 40 + 1. Tahun depan dah tak boleh geng dah laaa : :


: : Bihun Singapore : :


: : Nona Manis : :


: : Seri Muka : :


: : Mieng Kham : :


: : Goreng Pisang Bukit Aman : :


: : Victoria Sandwich order dari @daporprincess : :


: : Dan semestinya lah Yee Sang. Prosperity Smoked Salmon : :


: : Sedapnyer. Rugi siapa tak makan tau : :

Selain dari CNY celebration, kami jugak celebrate birthday untuk staff yang lahir pada Januari & Februari. 10 orang kesemuanya. Saya diberi mandat untuk beli hadiah.
Jadi, saya ikut suka hati, beli benda yang saya suka lah! Takkan nak beli benda yang dibenci pulak, ye tak? Lalu saya membeli Lentera ini, dari IKEA. Lawa ke tak?
Saya rasa lawa je! Siapa yang kata tak lawa, kisah pulak kitaaaaa :-p
Boleh letak lilin khas dalam tu, pastu nanti lentera ni menyala kat lubang-lubang bintang tu, lawa ok.

8 orang lahir bulan Januari. 2 orang lahir bulan Februari. Patut 10 orang lah dalam gambar.
Tapi Kak Mar, yang birthday ia sama dengan saya tu, taktahu lah mana pulak hilangnya.
Nasib kau lah Kak Mar, takde dalam gambau.

Kat instastory dah cerita, tapi kat blog tak cerita lagi kan.
Lepas Awatif habis intern, masuk pulak intern baru, awal bulan Februari hari tu.
Hanis Syamimi nama diberi. Hah ambik kau reveal nama penuh hiks.
Sama macam Awatif dulu, first day Mimi kat RSA ni saya la bawak dia tunjuk tempat makan apa semua. Sekarang dah berkawan-kawanlah together-gether dengan si Faradi.

Warga RSA. Ada penambahan wajah baru dan ada jua wajah lama yang sudah tiada lagi di RSA seperti Kak As sob sob dan Abang Sly.
Hujung tahun ni pun ada 2 orang staf akan bersara. Tu nanti kita story later later ya alligator.