Kota Bharu, Kelantan : Warung Pak Mat Pulau Pisang

Good morning Kota Bharu!
Hari ni kita nak masuk Thailand. K sempadan Kelantan – Thailand je la.
Tapi still dapat cop paspot la kan kan.
Sebelum tu kita pergi breakfast dulu kat Warung Pak Mat Pulau Pisang.
Ni memang saya dah warning AJ awal-awal, apa terjadi pun kena jugak jugak jugak makan kat sini. Sebabnya dok tengok kat Facebook dah viral air teh ais madu yang meleleh leleh melimpah limpah buih nya.

: : Kitorang sampai dalam 8 lebih kot. Ramai orang q : :

Kita cari seat dulu. Memang seat mostly dah full, orang pun meramai.
Tunggu kejap ada orang yang dah nak settle makan, so dapatlah seat. Syukur.
Kena take turn beratur pilih food, tapi last-last ambik je sorang sikit mana rasa nak makan pastu share-share makan. Breakfast hari ni Abang Mohd Noor belanja. Yey!


: : Semua pakat-pakat order teh ais madu yang viral ini : :


: : Close up sikit : :


: : Ada jual sup ikan jugak. Macam nak tapi saya sensorang je makan, so takpelah sob sob sob : :

Tengah q nak pilih lauk apa semua, kecoh-kecoh la berdua saya dengan Kak Gee.
Kak Gee dok cakap lah ‘Maya ambik ni, ambik tu bla bla bla”
Tetiba orang sebelah tegur ‘Maya? Maya eh?”
Terus saya cam oh.. kat Kota Bharu pun ada orang kenal sis?
“Yer saya Maya. Akak siapa eh?”
“Maya, adik Zura kan? Zuraihan? Akak kawan Zura. Kak Eda. Akak silent reader blog Maya”
Terus sis tersipu sipu hehe. Kak Eda, ooo Kak Eda… baca tak entry ni 😀

: : Lauk yang kami ambik. Semua pun sedapp : :


: : Tengah makan, Kak Gee tiba-tiba bangun dan kembali dengan sup daging ini. Olololo Kak Gee ni memang sejenis yang kalau kita sebut apa-apa nak beli ke nak makan ke, mesti dia akan cuba dapatkan. Share-share makan. Tak dapat sup ikan, sup daging pun best : :

Teh ais madu tu? Sedap sangat oiii. Terpejam pejam mata nak menghayati. Minum pun pelan pelan sebab takmau habis cepat, boleh haha. Serius ah sedap. Macam ada rasa caramel pun ada. Selalu benda sedap-sedap ni orang kata letak dadah. Matiklah tabur pitenah pulak hiks. I gurau je tau, jangan hampa pi viral pulak.
Sedap sedap sedap. Eh dah bagitau tadi kan. He.
Bila pergi pasar malam ke expo ke apa kat KL ni tengok orang jual teh ais madu, tak berani nak beli sebab takut kecewa dan hampa sebab dah banyak kali kena.
Kesimpulannya, wajibul ghunnah korang try Teh Ais Madu kat Warung Pak Mat Pulau Pisang ni kalau ke Kota Bharu tau.
W.A.J.I.B!