Kota Bharu, Kelantan : Tower Soup dan Kedai Emas

Lepas dah drop beg dekat hotel kami patah balik ke airport sebab nak jemput Abang Mohd Noor pulak.
Dia naik Air Asia flight lewat sikit sebab nak kejarkan harga murah.
Dia pun takde nak check in luggage so memang takde hal lah dia naik Air Asia.

Abang Mohd Noor of coz lah kelaparan sebab tak makan lagi.
AJ bawak kami pergi kedai lain pulak.
Tower Soup nama diberi. Yang lain konon cam taknak dah la makan sebab kenyang lagi la apa.
Sekali kan, tokey kedai tu kata ‘Eh makan-makan. Hari ni semua percuma, sebab saya buat doa selamat’
Dari yang konon kata tak lapar tu kan, semua lajuuuu je ambik pinggan kaut nasik kahkah.
Dasarrrrrr. Asal free dari kenyang terus lapar kooo.
Termasuklah Normaya haha.

: : Satu periuk besar sup ha : :

: : Simple je tapi sedap sangatttt. Helpppp : :

Cecara Abang Man salam tu macam salam kaup hulur duit pulak kan hehe.
Tu owner D Tower Soup. Lupa pulak namanya siapa.
Terima kasih Pakcik. Semoga terus maju jaya sukses gerai makan Pakcik ya.

Dah kenyang makan free kami singgah kat kedai emas S.Wan.
No no no.. bukan saya nak beli emas yer. Kaya nau saya nak beli emas hah.
Ceritanya, officemate saya sorang ada tempah emas kat KB ni.
Bila tau kami nak pergi KB, dia mintak tolong Abang Mohd Noor tolong collectkan.
Katanya design emas kat KB ni unik tak dapat kat tempat lain. Ooo ic…


: : Ni lah yang officemate saya tempah itu : :


: : Kak Gee dah try test tu macam berkenan je. Jaga-jaga Abang Man : :


: : Dengan acik tokey emas. AJ, cer tanya acik ada anak perempuan tak? Hiks : :