Kota Bharu, Kelantan : Rantau Panjang

Seterusnya, kami ke Rantau Panjang. Selalu dengar orang dok sebut Rantau Panjang, Rantau Panjang, haaa ni sampai dah jugak akhirnya saya ni.

: : Kereta berduyun : :

Tempatnya bazar gini lah. So ok la takde la panas sangat ke apa sebab berbumbung kan.
Saya beli blouse Yaya sehelai pastu beli makanan kering je banyaknya.
Kekacang, beras air, tomyam paste, bihun, keropok semua tu lah.

: : Banyak gila kasut ha : :

Selesai jalan kat belah dalam, kita ke belah luar pulak.
Kat belah luar banyak jual air dan buah-buahan.

Nampak kedai jual periuk belanga toto so marilah masuk.
Ada jual tiffin yang comel ni. Dulu saya pernah beli kat bazar Putrajaya dulu, warna pink untuk saya dengan warna purple untuk Kak As.
Kat sini lagi la jauh murahnya. Beli 1 besar, 1 kecik. Dedua nak bagi orang.