Kota Bharu, Kelantan : PCB, KB Mall & AJ’s Crib

Ok drama tu ceritanya cenggini…
Macam ada salah paham sikit kat sebab AJ nak bawak pegi pantai mana ntah.
Yang saya ingatkan nak pergi Pantai Cahaya Bulan.
Sekali sampai tengok apa ni apa ni pantai sunyi sepi tiada lagi siulan burung burung.

Terus sentap dan amukan dalam kereta lalu kerahkan cepat nak pergi pantai yang Neelofa pegi!
Ceritanya saya pernah nonton dalam TV, program apa ke namanya kat Astro.
Neelofa pergi makan-makan kat tepi pantai. Tapi saya taktahu apa nama pantai itu.
Gigih lah semorang menggoogle pantai mana termasuklah Encik Z.
Last-last jumpa dalam youtube, lalu membuat kajian pantai apa ini.

Menyirap sikit dengan AJ sebab heyyy mu ore kelate gimano mu tak tau nih.
Dari pantai yang sunyi sepi tiada lagi siulan burung-burung tu pulak jauhhhhh nak ke PCB.
Macam dari hujung ke hujung.
OK akhirnya selamat sampai tapi gigih pulak nak cari pondok yang Neelofa duduk makan tu.
Mesti semorang carut saya dalam hati haha!

: : Amboi Cik Mat message ore rumah ke tu? : :

Gedik nak cari tempat Neelofa makan tapi lupa pulak saya nak snap pondok-pondok yang lawa itu! Adududududu..
Korang google lah sendiri. I is malas.
Lepas tu cari lah gerai mana yang agak-agak ok di pandangan mata, lalu duduk dan makan lah kami. Konon makan lite lite lah sebab kejap lagi nak pergi dinner kat rumah AJ.

: : Biasa biasa aje : :

: : Sotong goreng tepung. Pun biasa-biasa aje : :

: : Shian iyerrrrr kena marah yer.. Muka masam-masam tu kena marah yer? Nanti kita repeat KB k? : :

: : Maggie kelapa. OK boleh tahan : :

: : Tapi kurang lebih gini lah pondok yang Neelofa duduk makan tu : :

Dari Pantai Cahaya Bulan, AJ bawak kami ke Kota Bharu Mall atau lebih dikenali sebagai KB Mall. Saja lah jalan cuci mata sementara nak bagi makanan turun kata orang, sebelum nak isiĀ  makanan baru kat rumah parents AJ nanti.


Nampak ada kiosk jual barangan berasaskan arang. Yang menarik perhatian ialah produk yang boleh putihkan gigi. Soal siasat adik penjual tu lebih kurang, lalu saya pun beli lah hehe.
Nak kata berkesan sangat tu tak lah, tapi boleh lah mengurangkan kuning-kuning kat gigi lulz.


Settled jalan-jalan cuci mata terus lah gerak ke Tumpat, kampung halamannya si AJ.

Memang ia dah bagitau umi abah nya yang kami nak datang. So bukanlah kata surprise surprise ke apa. Dah diberitahu awal lah.
Sampai-sampai depan pintu huwaaa nangis tengok apa ke banyaknya kucing ni? Tskkk…
Ni sebahagian je tau, sebenarnya banyak lagi kat tepi rumah dan dalam rumah.

Duduk kejap tengok-tengok satu-satu Umi AJ bawak keluar lauk pauk.
Yang konon lapar lite-lite tadi terus lapar heavy-heavy you know. Masakan simple tapi menyelerakan.


: : Dok usha Kakak Ostajah tengah makan pasai apaaa : :

: : Jemput makan semua : :


: : Yang sebelah kiri tu Badrina, sepupu AJ. Dia yang akan bawak kitorang masuk Thailand esok. Sebelah Kak Gee tu ialah Umi AJ : :

Cantik tak jubah saya tu? Beli kat Kuala Terengganu masa pergi sana bulan Ogos hari tu.
Jenis kain biasa jubah kaftan tu so memang selesa lah.


: : Dah macam datang berhari raya pula dengan lampu lip lap : :


: : AJ cerita dulu pernah banjir teruk area ni sampai kat aras kereta. Tu atas kereta tu lah depa duduk selamatkan diri sementara tunggu air surut : :

Terima kasih Pakcik Jasni & Umi sudi terima kami datang rumah siap masak makan-makan lagi.
InsyaAllah nanti bila AJ naik pelaminan, kami datang lagi naa..