Kota Bharu, Kelantan : Pasar Besar Wakaf Bharu & Pusat Jualan Serunding Dan Dodol

Selesai breakfast dan minum teh ais madu yang saya syak letak dadah tu, kami terus gerak ke Pasar Besar Wakaf Bharu. Saja nak cuci mata sementara tunggu untuk program seterusnya. Jalan mana AJ lalu sempit belakang-belakang rumah orang ha.


: : Nak parking pun berhimpit himpit : :

 


: : Panas nyit nyit : :


: : Seramnya nama jalan : :

Tak beli apa pun kat Pasar Besar Wakaf Bharu ni. Sebab memang dah plan nak shopping kat Rantau Panjang nanti. Meneruskan perjalanan, kami stop kat Pusat Jualan Serunding Dan Dodol. Rumah seperti istana konsepnya. Tak pasti lah pulak sama ada owner rumah ni sama dengan owner kedai ke tak. Lupa nak tanya AJ.


: : First time dengar dan tengok kuih Gelembung Buaya ni : :

Shopping serunding, dodol dengan Gelembung Buaya kat sini.Sedap gak Gelembung Buaya tu, manis-manis gitu.