Kota Bharu, Kelantan : Kuih Muih

Lepas Asar keluar nak cari makan.
Memula AJ bawak pergi tempat jual kuih dulu.
Rambang bijik mata kalau boleh nak borong semua kuih ha!
Ada kuih yang saya tak pernah tengok, apa lagi makan.
Nama kuih semua jangan tanya ah, tak ingat sudah.


: : Belum apa-apa dah ambik terus ngap makan : :


: : Kuih dan muih beraneka maciamm makan lah jangan hanya dipandanggg : :


: : Ngap kuih muih dalam kereta : :

: : Meneruskan perjalanan ke pantai. Melalui Tumpat, tempat kelahiran AJ : :


: : Encik Z dan Abang Man nak try air Tuak Nira. Saya cuba gak sikit tapi toksey : :


: : Singgah Pasar Gok Kapor. Saja tengok tempat dan beli kuih lagi : :


Next, kita ke pantai pulak. Tapi ada drama sikit. Sikit je laaaa..
Normaya dan drama, berpisah tiada.