Kota Bharu, Kelantan : Kopitiam Kita

Selain dari teringin nak menjejakkan kaki ke Kota Bharu dan Kelantan, trip ini juga merupakan trip jalan-jalan cari makan.
Jadinya memang makan makan makan je lah kerjanya.
Oh, kami punya tour guide ialah Azri aka AJ.
Anak jati kelahiran Tumpat, Kelantan.
Dia lah yang susun itinerari perjalanan ni semua, kitorang follow je.

Destinasi pertama untuk makan hari ni ialah breakfast di Kopitiam Kita.
Memang simpan perut nak makan kat sini.


: : Ramai artis dah pernah sampai sini termasuklah Tok Ti kita : :

Rambang mata nak makan apa sebab banyak sangat beraneka pilihan menu nya.
Semua bersusun, ambik sendiri self service.
Last-last ambik campur-campur buat rasa sorang sikit.


: : Kopi Ais saya order tu hoih hoih hoih sedap sangattttt. Cukup pekat manis nya. Sila lah order korang pencinta kopiii : :


: : Encik Z order 2 kali Roti Titab ni. Memang sedap : :


: : Muka puas hati kekenyangan dengan kelazatan makanan dan kopi ais di sini. Tempat wajib dikunjungi kalau ke Kota Bharu ya : :