Kota Bharu, Kelantan : Assalammualaikum KB!

Assalammualaikum semua!
Selamat Tahun Baru 2018! (nampak nau dah taip berzaman tapi tak publish-publish)

Jom kita mulakan tahun baru kita dengan entry cuti-cuti Kota Bharu.
Plan nak pergi KB ni dari awal tahun 2017 lagi.
Tapi biasa lah gitu gini begitu begini, dari ramai tinggal berapa kerat je.
Takpe lah, mana yang ada la.
Kalau nak tunggu semua memang takkan jadi kan.

Cek flight ticket, compare-compare MAS, Air Asia dan Malindo.
Malindo lebih murah, so zass beli RM137.80.
Tak payah fikir nak add luggage ke apa kan. Senang.

Beli tiket 30 April 2017.
Fly 21 September 2017. Dalam 5 bulan jugak la menunggunya.
Lepas-lepas tu tak cek dah harga tiket takut lagi murah, tak ke sentap dibuatnya.
So lepas beli tiket, duduk diam-diam sudah.

Waktu perjalanan asal 21 September tu 6.45 pagi, tapi bulan Julai camtu dapat sms dari Malindo kata flight re-time ke pukul 3.15 petang.
Pehal lu Malindo? Jauh nau dari 6.45 pagi ke 3.15 petang.
Of coz la lari segala perancangan kan.
Saya call Malindo kata ‘I don’t want 3.15pm. I want early in the morning’
Katanya kalau nak naik pagi boleh, tapi kena naik kat Subang Airport.
Eh tak kisah lah, janji nak flight pagi!
Dan akhirnya dapat flight pukul 8.10 pagi naik dari Subang Airport.

Malam sebelum bertolak tu Azri tidur rumah saya.
Kawan pertama yang datang rumah KSU pakej bermalam lagi hah haha.
Pagi tu call Grab nak pergi Subang Airport.
Menggelabah betul driver Grab tu. Nak cari entrance pun menggelabah siap istighfar bagai.
Pastu taknak masuk dalam, kitorang terpaksa sorong beg keluar guard.

Dia bawak Perodua Alza.
Pastu bebel-bebel kata beg tak muat la apa.
Kenapa tak panggil kereta besar.
Hello, kami 3 ketul je pun. Azri bawak backpack.
Satu je beg besar saya dengan Encik Z.
Last-last beg tu letak kat seat penumpang je.

Otw ke airport tu pun dia membebel gak.
Dia merungut-rungut kata jauh nak kena pergi airport.
Eh hallo hallo (macam Dato Seri Vida), kau nampak kot destinasi mana passenger nak pergi?
Kalau jauh yang kau pergi accept tu pasai apa?
Uihhhh menyirap betul saya.
Sampai je airport terus saya bagi rating rendah, dengan comment dan complaint sekali.
Pfftttt…

Lepas Subuh lepak jap makan lite-lite kat Old Town.
Tengah duduk-duduk tu Azri bersuara ‘Kak, tu artis tu kak’
Saya duduk membelakangkan ‘artis’ yang dimaksudkan.
“Alaa yang hari tu masuk tv tak bayar hutang tuuu”
‘Ishh sapaa’
Encik Z pulak mencelah ‘Haaa artis yang awak minat tu’
Penasaran lah iolls kan. Cecepat paling muka nak tengok.

Waaaaaaa Watie Elite!!
Memang saya minat minat minat sangat dengan dia.
Dari zaman mula-mula Elite keluar lagi memang saya minat sangat Watie ni.
Terus berdebar-debar. Nak pergi tegur tapi malu dan segan dan takut.
Yang 2 ketul jejaka ni pulak kemain bagi galakan.
“Pegi kak.. ala pegi jeee”
“Pegi yang.. nanti menyesal haaa”

Saya pun pepelan la melangkah menghampiri beliau.
“Hai Kak Watie. Saya peminat akak”
Mula-mula muka ia macam cuak jugak la.
Eh jangan risau Kak. Saya takkan tanya soalan pelik-pelik lulz.

Dia dengan Joey nak pergi Pulau Perhentian, so akan naik flight ke Kota Bharu jugak cumanya flight diorang lewat sikit dari flight saya.
Sempat la borak-borak mesreeee gitu.
Tapi Watie ni memang baik ah dari dulu-dulu saya ada 3,4 kali jugak jumpa beliau.
Memang baik ramah melayan peminat.

Saya tanya dia Kak Watie, Elite taknak buat comeback ke?
Konsert ke? Rindu lah nak tengok Elite perform.
Memang nak buat katanya tapi tu la nak kumpul semua ahli then nak buat persediaan semua, ambik masa.
Kalau jadi Elite buat konsert, saya lah orang pertama beli tiket.
Cewahhh.


Sampai masa jom lah kita ke pintu pelepasan.

Macam nervous sikit sebenarnya sebab naik kapal terbang kecik huhu.
ATR TURBO PROP.
Ala kapal terbang yang kipas kat luar tuuu.

Hakim siap kata “Maya kalau sejuk suruh pilot tutup kipas tau”
Ta une. Menakutkan orang je.


: : Kapal terbang kipas di luar, air cond di dalam. Hiks : :


: : Inilah ahli Rombongan Cik Riri ke Kota Bharu. Eh ada lagi sorang tapi dia muncul lewat sikit. Maklumlah artis : :


: : Seriau tengok kipas ni. Dok bayangkan kalau laaa berhenti berpusingggg : :

Perjalanan dari Subang ke Kota Bharu 1 jam 5 minit sahaja.
Selamat mendarat on time.
Jakun sebentar sebab pertama kali sampai Kota Bharu! Heeeee..

Saya pernah sampai Kelantan lamaaaaa dulu masa hantar Adil masuk IKM kat Pasir Mas sana.
Lepas tu dok plan nak pergi Kelantan tak pergi-pergi.
Jadi kali ni kena pastikan jaya!


: : Assalammualaikum Abe…. Wat gapo tu Abe… : :


Assalammualaikum Kota Bharu!

Kakak ostajah datang nak tanda kawasan ni!
😀