B** CNY Celebration 2018

2 hari lepas sambutan CNY K’RISMA, sambutan bankwide pula pada 1 Mac 2018 kat Lanai Kijang.
Rezeki dapat makan Yee Sang lagi. Tahun ni 3 kali dapat makan dan tiga-tiga kali disponsor. Alhamdulillah.
Cumanya yang kat sambutan bankwide ni dapat Yee Sang Vege.
Yang salmon punya table dah full house huhu. Sokayylah, janji dapat jugak kan?


: : Apau! : :

Rindu ah nak travel dengan Apau lagi. Dulu masa muda remaja banyak jugak tempat yang saya pergi ikut Apau. Pulau Redang, Pulau Perhentian, Taman Negara Kuala Tahan, Lata Kijang Negeri Sembilan, Dabong Kelantan, Sungai Relau Merapoh & Hutan Belum Pahang. Mostly memang hiking dan camping lah.
Rindunye waktu fit dulu meredah hutan sungai, panjat bukit.  Sekarang dah tua, tak larat dah huhu.
Hopefully lepas ni kalau Apau ada buat trip santai-santai bolehla saya join lagi.


: : Pergi Lanai dengan 2 budak ini, naik shuttle : :


: : Macam biasa ada persembahan tarian naga dan persembahan tradisional Cina yang lain : :

Food pun macam-macam ada. Meriah.
Mee Tarik, Laksa Nyonya, Dim Sum, Kambing Bakar, Cakoi, Butterprawn, Buah Berangan, Apam Balik dan paling best ada Air Mata Kucing dan Tau Foo Fa ahcun sedapnyer!


: : Orang ajak bergambar, sibuk nak makan je si AJ ni : :

: : With Kak Lin. Kak Gee membusy kerja tak dapat datang huhu : :

Tengah snap-snap gambar setiba-tiba dapat amaran kata ‘Memory Full!’
Whatttttt??? Pertama kali ni tau dapat amaran sebegini rupa. Sobs.
Menggelupur menggelabah la kejap. Nasib lah ada Hanis Syamimi yang comel menyelamatkan keadaan dengan delete apps la statistics la apa. Sambil kena bebel lah dengan ia.
Iya iyalah nanti Kak Ostajah cari one sweet time la duduk ngadap delete apa yang tak patut dalam iPhone tuuuu.

Kalau korang perasan pakaian saya tu sama je lebih kurang dengan masa K’RISMA punya celebration kan? Baju merah tudung hitam. Yang sebenarnya warna pakaian saya pergi office putar-putar kurang lebih je warnanya. Sampaikan ada beberapa kali cam orang tegur ‘Maya, kau tak balik rumah ke? Sama je baju macam semalam’ Hehe..
Tudung hitam saya memang ada 1000 helai (ok tipu), senang tudung hitam nak matching apa baju pun. Ada yang jenis sama saya beli 3,4 helai warna hitam.
So jangan hairan ajaib sangat lah yer.

Tu saya pakai tudung Sweet  Helena Naelofar. Baru nak bagi sokongan pada Lofa dengan hashtag #teamlofa #bemaya tapi tudung tu tak memberi kerjasama pulakkk.
Dok la berbonggol unta. Sentap tahu tak. Dah sembur starch dia jadi kembung macam tudung Hetty Koes Endang lah pulak. Rasa lepas ni kan, lepas sembur starch kena lipat terus dan iron lagi kat muncung tu lah. Hmmm #prayfornormaya