SAC Dinner @ Shangri-La

Bulan 11 dengan bulan 12 ni memang busy betul dengan eventlah.
BNM-WBG Credit Infrastructure Programme, IAIS, CTF, High – Level Malaysia – Sweden Fintech Seminar & Payment Systems Forum & Exhibition.
Fuhh fuhh fuhh.
Memang berkejar ke sana sini saya ni jaga registration dan buat kerja usher.

12 haribulan hari tu pulak dengan SAC 20-Year Anniversary Dinner kat Shangri-La Hotel.
Pukul 2 petang dah pergi sana nak unpack barang dalam kotak, letak buku dalam paperbag, lekat stickers kat kerusi SAC members.
Berpeluh peluh buat kerja.

Pukul 6 masuk bilik hotel nak solat dan bersiap-siap.
Merasa la masuk dalam bilik hotel Shangri-La ha.
Feeling orang kaya la kejapnye.
Gambar dalam bilik takde sebab masa tu ada yang lain tak bertudung, so cannotlah snap gambar.

Saya ditugaskan jaga food untuk riders-riders Sultan Nazrin.
Depa dalam 20 orang gitu.
Sempat la sembang-sembang kejap dengan abang-abang motor tu.
Saya ingatkan semua riders ni orang Perak dan duduk dekat-dekat dengan Istana.
Sekali bukan rupanya hehe.
Tapi baiklah semua abang-abang ni layan sembang, lawak-lawak jugak depa.


: : Masuk dalam ballroom sempat la tengok upacara penting : :


: : Lukisan yang ditandatangani oleh DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah : :


: : OOTD sikit. Saya pakai Sweet Helena Naelofar. Suka sangat tudung ni. Baju kurung Pahang, @creacionbysitihurhaliza dan clutch Sometimes : :


: : Antara yang bertugas. Yang lain taktau hilang ke mana : :


: : Rupanya Sham dengan Mukh tengah duduk makan ha : :


: : Sedap hoi hoi hoi steak ni. Pan-fried Beef Medallions with Forest Mushrooms, Fresh Market Vegetables & Herb Whipped Potato. Ambik kau panjang kemain nama : :


: : Spiced Apricot Jalousie with Vanilla Sauce. Masam apricot tu I cannot stand : :

Keberangkatan pulang DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah & Tuanku Zara, apa lagi semua pun berbarislah kat tepi termasuk saya.
Alhamdulillah merasalah bersalam dengan Tuanku.
Sejuk perut tengok muka Tuanku. Lawa!
Gambar ni semua Abang Mohd Noor dengan Sham yang snap.
Saya gigil tak berani hehe.


Sebelum gerak balik barulah dapat kumpul semua.
Mukh, Abang Mohd Noor, Sham, Azman, Kak Wan, Anne, Kak FK, Kak Noni, Normaya & Kak Zila.
Team yang best untuk bekerjasama 🙂