Payiet Turns 35

Sepatutnya entry ni up hari Jumaat lepas sempena birthday Payiet yang ke 35 tahun, tapi tak sempat nak menaip cerita. Gambar dah upload, tapi nak start menaip tu la bercintanya sungguh.

Hari Rabu, 13 Disember kitorang keluar bertiga nak celebrate birthday Payiet.
Celebrate awal 2 hari sebab nanti later-later memasing dah busy dengan cuti.
Ala celebrate makan-makan gitu je la seperti biasa.

Saya request nak makan kat Thai Tuk Tuk Publika.
Birthday orang lain, orang lain pulak request hehe.
Tau pasal tempat ni dalam instagram kawan-kawan jugak, tu yang teringin.


: : Thai Iced Milk Tea : :


: : Saya ambik Tom Yum Seafood Noodle. Portion besar tak habis. Tapi sedap laa, ada rasa santan-santan : :


: : Pad Thai Noodle with Prawns : :


: : Birthday Boy dengan Chicken Rice nya : :


: : Mango Sticky Rice. Sedapppppp sangat : :

Usai makan singgah Wonderwilk nak cari cupcakes.
Suruh Payiet pilih sendiri nak cupcakes apa.
Saya pun tumpang sekaki lah beli untuk diri sendiri hehe.


: : Pilihan birthday boy : :


: : Pilihan saya. Salted caramel dengan Red velvet. Sedap ai like : :

Dalam kereta, upacara pemberian cash dilakukan hiks.
Rasa setahun 2 ni memang kitorang praktik bagi cash saja.
Senang ha beli la apa nak.
Nanti lepas beli kena whatsapp gambar.
Jangan ingat boleh berjoli pulak dengan cash tu hehe.
Tapi setakat hari ni takde gambar lagi diterima.
Awasssss Farikh Manzora. Gambar hadiah mana????

Anyway, selamat hari lahir yang ke 35 tahun, Farikh Manzora aka Payiet.
Doa aku tak berubah dari bertahun-tahun dulu.
Semoga yang baik-baik mengiringi dan melimpahi hidup kau muahss..