K’RISMA Year End 2017 Celebration

K’RISMA Year End 2017 Celebration tahun ni buat awal sebabnya nak sekalikan dengan majlis farewell Awatif.
Awatif ni intern kat RSA, dah 4 bulan dah.
Lagipun masuk bulan 12 je dah ramai cuti segala, so buat je la sekali jalan.


: : Buat dekat Residential Cafe, Lanai Kijang : :

Kat luar, menunggu Residential Cafe disiapsediakan.
Sebab sebelum tu ada event lain.


: : Orang kata Normaya ni orang kuat RSA. Orang la kata, bukan Normaya kata hiks : :


: : Tema di hari kejadian ialah kuning. Tu sebab boss kita pakai kurung kuning. Terserlah putih kulitnya : :


: : Sila bagi ucapan Awatif : :

Selain dari farewell untuk Awatif, ada jugak program Exchange Gifts macam sebelum-sebelum ni.
Cuma, instead of cabut undi dan taktau kita bagi hadiah pada siapa, dan terima dari siapa, kali ni kita dah siap-siap cabut nombor dan diberi pairing pairing gitu.
Dan saya dapat dengan Azman.
So Azman belikan hadiah untuk saya, dan saya belikan hadiah untuk Azman.

Kitorang decide cam beli sendiri-sendiri je lagi senang kot.
Nanti sebelum hari kejadian kita tukar. Gitu.
Kena tulis kata-kata positif dekat hadiah tu.


: : Semoga dimurahkan rezeki boleh pergi holiday tu I like : :


: : Saya pun tak pasti Azman beli apa untuk dirinya. Tapi hari tu sebut-sebut macam dia beli wallet je : :

Saya beli barangan Naelofar.
Iaitu Naelofar Travel Set. RM39 je. Murah kan.
Sesuai sangat untuk saya yang suka travel ni.
Senang pack kan barang/baju.


: : Nak bagi hadiah tu pun bukan terus bagi gitu je. Kena mengadap pastu kena cakap-cakap jugak. Dapat dengan Azman ok sangat la sebab Azman ni jenis lelaki cool yang baik tak banyak songeh. Sangat-sangat helpful pulak tu. Mintak la tolong apa pun, insyaAllah dia mesti tolong : :


: : Kak Aida pair dengan Kak Zai.  Depa ni love hate relationship. Hiks : :


: : Boss ai. Kali ke 2 penampilan di blog ai hehe. Shawl saya tu tah apa fesyen saya lilit, patut elok je tutup dada kat depan, tapi sebab asyik terbang-terbang, tu yang terseksi tu. Jangan kecam sis plis : :

RSA Group Photo.
Tiada dalam gambar ialah Umi dan Zura yang masing-masing sedang cuti bersalin.

Untuk Recognition kali ni saya tak dapat apa-apa award.
Sokay je. Happy untuk kawan-kawan lain yang dapat macam Khairul, Hakim, Abang Mohd Noor dan Faizal.


: : Rakan setable. Awatif, Farawi, Liyana, Faradi dan Ostajah : :


: : Tuty, Kak Ogie, Kak Zai, Ostajah, Awatif, Kak FK, Kak Wan, Kak Aida, Yar, Kak Mar & Kak Mas : :


: : Bye Awatif. Best of luck ya! : :

Makan Time!
Yang bawah ni Radish Cake.
OK la sedap jugak.
Cara masakannya sama je macam kueyteow/mee goreng mamak tu.


: : Kepak ayam, quiche dan creme brulee. Creme brulee tu tak sedapp huhu : :


: : Cupcakes comel ni order dari IG @cikkiah . Saya pernah order whole cake Soda Bandung masa birthday saya awal tahun hari tu : :


: : Comel dan sedap plis. Paling tersuka Teh Tarik dan Onde Onde : :


: : Ni pulak Kak Ogie bagi : :

Kemuncak program petang ni ialah pemilihan AJK Baru K’RISMA untuk tahun 2018 nanti.
Kali ni pemilihan bukan secara undian angkat-angkat tangan masa staff meeting macam dulu-dulu.
Kali ni kena tulis kat kertas dan masukkan dalam kotak undian.

Dan dan dan sebelum ni Presiden mesti pangkat Eksekutif ke atas sahaja.
Tapi tahun ni boss baru kata semua level berhak diberikan hak sama rata untuk jadi Presiden.
Lalu yang bernasib baik itu ialah Abang Mohd Noor! Haha.
Saya la tu salah sorang yang undi dia dan lobi kawan-kawan lain jugak untuk pilih Abang Mohd Noor.
Saya pulak di vote untuk jawatan Setiausaha.
I ok je. Sebab kalau takde jawatan pun still kena buat kerja gak.
Orang kuat RSA kata kooo.

Barisan baru K’RISMA 2018 :
Presiden : Abang Mohd Noor
Naib Presiden : Jayn
Bendahari : Kak Wan
Setiausaha : Ostajah
AJK : Khairul, Hakim, Farawi dan Faradi

Semua support staff kecuali Jayn je Eksekutif.
Seronok sebab semua pun geng-geng sekepala yang insyaAllah boleh dibawak berbincang.
Ye lah benda-benda sukarela ni kena buat dengan kerelaan.
Kalau terpaksa-terpaksa, apa pun tak jadi nanti kan.

Nantikan aktiviti dan program meletup dari K’RISMA tahun depan ya?