GV @ KSU

Hari Ahad, 17 Disember satu family saya datang berkampung kat KSU.
Kekdahnya Adil sekeluarga tak pernah lagi datang rumah baru saya ni ha.
Tu yang kebetulan semua ada, ayuhlah datang beramai-ramai.
Adil Yana sefamily pukul 11 pagi camtu dah sampai dah.


: : Agak-agaknya 2 beradik je ke atau akan ada adik dan adik-adik? Hehe. Tshirt dari Hong Kong mari : :


: : Depa bawak tosei dan roti canai : :


: : Ukur tinggi sat : :


: : Mama & Kaklong sekeluarga sampai bawak nasi dan lauk pauk pula : :


: : Yang ni rasanya 3 beradik je kot? Kalau ada penambahan memang agak terkejut besar di situ haha. Semua pun pakai tshirt Hong Kong Mommy beli : :

Aktiviti utama kat rumah Mommy apa lah laginya.
Terjun kolam lah.
Pukul 4 petang camtu semua dah tergedik nak turun.


Encik Z turun lewat sikit.
Sekali bila Encik Z dah masuk kolam je semua pakat nak berkepit ha.
Tergantung-gantung la sorang sikit kat tangan la, kat kaki la, atas badan la.
Favourite ayah saudara sangat Encik Z ni.
Nanti dah besar tengok la sendiri gambar-gambar ni yer anak-anak.
Korang kahwin esok Mommy bagi semua orang tengok.


: : Aisya suruh Ayah turunkan kat tepi : :


: : Sebabnya lapar nak makan biskut : :


: : Pastu minum susu pulak : :


: : Dan sambung mandi lagi sampai kecut : :


: : Bertabahlah Ayah : :


: : Malam tu tapau Sup Lidah, Sup Ayam & Sup Kambing. Bancuh air 2 bekas : :

Ramai-ramai layan Gegarvaganza. Meriah!
Kitorang 3 beradik berharap sangat Lan Solo dapat at least top 3.
Alhamdulillah ia dapat nombor 3.
Jerit-jerit laa takmau Hazami menang haha.
Yang Encik Z pulak tah hapa dengki sangat dengan Lan.

Tengok gambar bawah ni nampak tak objek kat belah kanan tu?
Tu si Maamar. Tah apa dia merajuk nya ntah.
Walhal dia yang tiba-tiba taknak main dengan Aisya.
Sebelum tu elok je sama-sama.
Kena marah terus merajuk berdiri tegak kejung macam tu.
Tak penat ke Amar?
Mommy kalau merajuk dengan Ayah baring je.
Boleh tidur terus hehe.


: : Lepas ni semua dah sibuk dengan kerja dan sekolah.  Lama lagilah nak berkumpul balik : :

2 thoughts on “GV @ KSU

  1. Eh. Tak nampak pun uols mandi manda.
    Hehehe.
    Kiterang pun lama tak terjun pool ni.
    Smlm baru bawa dak Rizq turun.
    Ada pool pun malas nak turun. Hehe.

Comments are closed.