Blog Maya Dot Com

#YasminFaizaTurns13 : Washout Laundry & Cafe

Birthday Yaya 16 Oktober 2017 hari tu kami 3 beranak pergi dinner dekat Washout Laundry & Cafe yang letaknya di Batu Caves.
Saya tau tentang tempat ni dari Facebook.
Sebelum ni ada laundry sekali tapi dah tutup tak silap dalam beberapa bulan dah.


: : Birthday girl yang dah berambut pendek. Saya macam tak puas hati sikit dengan potongan rambut dia tu. Ntah kenapa jadi macam keras kejung camtu hmm : :

Menu macam tak banyak sangat tapi okaylah boleh fokus.
Fokus katanya. Hiks.


: : Drinks : :


: : Kami sharing bertiga Monster Platter.  Portion besar memang kenyang makan : :

Lepas makan jom kita nyanyi lagu birthday, buat wish dan potong kek.
Mini dan simple celebration sahaja 🙂


: : Kek saya beli dari Secret Recipe : :

Tudung dUCk World Map saya tu dah beli lama dah tapi tak pakai-pakai sebab sayang dan tunggu ada occasion lah konon baru nak pakainya.
So dirasmikanlah di hari kejadian tu.
Jubah saya tu pulak Sofia Kaftan dari @byfatinsuhana .
Super duper selesa. Pun baru dirasmikan hari tu hehe.


: : Terpenyek-penyek hidung Mommy nak kiss : :


: : Bestfriend sangat 2 orang ni. Encik Z sabar handle Yaya. Saya ni manjang nak amukan je haha : :

Alhamdulillah, saya rekemenkan Washout Laundry & Cafe ni untuk korang.
Kalau ada ramai boleh terus ambik birthday package depa.
Dapat set makanan, dan nanti staff diorang akan nyanyikan lagu birthday.


: : Kelabu, warna kegemaran saya sekarang : :

Happy 13th Birthday Yasmin Mohamad Faizal!
(Ok sekarang dah 13 tahun 1 bulan 1 hari 😀 )