Blog Maya Dot Com

#YasminFaizaTurns13 : Tadom Hill Resort Part IV

Sebelah kiri pelantar tadi tu ada satu kawasan untuk korang buat terjun tiruk.
Boleh la kot-kot nak try asah skill macam Pandelela Rinong ke hehe.
Diving platform ni setinggi 5 meter ya.
Masa mula-mula kitorang nampak ni takde orang langsung ok.
Tapi saya belum ada keberanian lagi nak lompat huhu.


: : Tu Yaya tengah panjat tangga tu : :


: : Dan bersedia untuk lompat : :


: : Tak ramai sangat orang kat bawah kan. So sokaylah nak terjun. Tak segan : :


: : Perlu diingatkan cuma 5 orang saja yang boleh ada di atas platform pada satu-satu masa ya. Ramai-ramai kang mau roboh : :

Dekat sebelah platform tu ada satu kayu/tali untuk bergayut.
Lepaskan kayu tu dan gedebusss masuk dalam air.
Encik Z try benda alah ni sekali je.
Untuk perempuan dan budak-budak tak digalakkan sebab takut tersalah landing.


: : Dah masuk dalam air haaa. Saya snap gambar je lah dari atas : :


: : Dia nak terjun tiruk lagi : :

Kat bawah platfom ni ada satu buaian.
Mujur tak ramai orang, so memang boleh berlama-lama la kat buaian ni.
Kalau pegi weekend rasanya kena tunggu beratur kot nak bergambar kat sini.

Kita feeling lah atas buai yer.
Dulu penah jugak feeling atas buai masa bercuti kat Lombok.




: : Berebut buaian ke cemana ni hehe : :


: : Kalau tak perasan air kat lens GoPro, memang ginilah hasilnya. Dulu kat Lombok pun penah jadi camni gak : :


: : Kemain mengapungkan diri yer kamu Normaya : :


: : The struggle is real : :

Tak lama lepas tu dah ramai dah orang.
Ada 1 grup student Arab, budak-budak lelaki.
Kemain kecohnya. Dah la ramai diri atas platform tu sampai kena wisel lah.
Tapi meriah lah masing-masing bagi semangat kat kawan-kawan suruh lompat.


: : Lepas tu rehat kejap beli cikedis dan makan aiskrim Malaysia : :

Sambung balik masuk dalam air.
Pergi dekat diving platform lagi.
Encik Z dengan Yaya pujuk suruh saya try lompat sekali je.
Lama jugak saya diri atas tu, masa ni kat bawah ada grup budak-budak remaja lelaki dalam 4,5 orang.
Yang benarnya depa pun takut nak terjun ehehe so saya takde la segan sangat.


: : Now or never, so saya pujuk hati kata terjun je laaaa. Macam orang kena tolak sudahnya haha. Buruk gila kot. Boleh tengok video bawah ni k : :


: : Total Yaya lompat adalah sebanyak 8 kali. Hebat anak ai : :


: : Baju pink Mommy yang suruh pakai hiks : :

Kesimpulannya, ok jugaklah tempat ni.
Tapi sesuai bawak anak-anak yang dah besar pandai jaga diri la.
Kalau bawak anak kecik kurang sesuai bagi saya.

Terima kasih Tadom Hill Resort!
Rasanya tak datang dah kot haha.
Eh bukan sebab tak best ke apa tau, tapi tempat-tempat camni cukup merasa sekali je pada saya.
Nah video!

    One thought on “#YasminFaizaTurns13 : Tadom Hill Resort Part IV

    1. Chesu

      Bestnya tempat ni. Yang terjun diving dari platform tu mengingatkan saya masa kecil-kecil dahulu ketika duduk di kampung. Masa tu tak adalah platform macam ni, geng-geng kami terjun ke sungai dari pokok jambu batu yang ditanam oleh ayah dekat sungai tu.

      Sekarang semua geng-geng sekampung dah dewasa dan mempunyai keluarga masing-masing serta keluar mencari nafkah di bandar besar. Rindunya pada zaman kanak-kanak, semua ceria, bahagia tanpa sebarang risau pilu.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...