Blog Maya Dot Com

#YasminFaizaTurns13 : Tadom Hill Resort Part III

OK jom kita masuk dalam air!
Jangan lupa pakai safety jacket ya.
Walaupun saya pergi hari kerja tapi ada la jugak ramai orang.
Mungkin sebab cuti sekolah dan saya rasa macam budak-budak kolej ke universiti cuti jugak kot.
Awal-awal ni kitorang berlegar kat sekitar pelantar ni dulu.

Lepas snap gambar di atas saya pergi sewa locker dan tinggalkan handphone, wallet semua lah.
Beg baju semua tu tinggal je kat Gazebo tadi.
Mula-mula saya macam konon taknak masuk dalam air lah, tapi akhirnya jom je lah alang-alang dah sampai.
Tah-tah first and last datang sini.
Dah lama ni saya tak berendam dalam air di khayalak ramai. Hiks.
Rasa last mandi swimming pool kat Avani Gold Coast dulu.


: : Walaupun handphone dah simpan tapi kita kan ada GoPro hehe : :

Cepat-cepat cari rakit dan pendayung.
Rakit hmm ada dalam 5 kot? So kalau pegi waktu orang ramai memang kena menunggu la agaknya nak dapatkan rakit.

Gambar bawah ni kan, rakit kitorang tak stabil sebenarnya.
Lepas je Encik Z snap gambar ni terus rakit ni terbalik koo.
Tu saya dengan Yaya pandang kanan tu sebab memang dah bersedia dah la tu nak jatuh dalam air.
Encik Z boleh pulak tergelak besar haaa.
Adoii. Kalau sempat rakam best ni.

Taktau berapa kedalaman air ni sebab pakai life jacket kan.
Macam seram jugak mula-mula tengok warna air hijau camni.
Terbayang-bayang Cik U atau Cik B hehe.
Tapi rasa selamat kot tasik ni, kalau tak selamat takkan depa berani bukak yer dok?


: : Tak nampak apa ha dalam air : :


: : Dah kenapa Normaya muka kamu rope gitu : :


: : Gedik nak pegang tangan bagai : :


: : Tanjat saya tiba-tiba Yaya lari terjun dalam air hehe. Paha seksi ampunkan ostajah ya.  Dalam tu saya pakai legging. Tiba-tiba disclaimer. Hiks : :


: : Puas mandi kat sekitar pelantar, jom kita pergi terjun tiruk pulak : :