Blog Maya Dot Com

#YasminFaizaTurns13 : Tadom Hill Resort Part I

17 Oktober 2017 hari Selasa saya dengan Encik Z ambik cuti sebab nak bawak Yaya pergi berjimba-jimba di Tadom Hill Resort yang letaknya di Banting, Selangor.
Rasanya ramai kot dah tau pasal Tadom Hill ni.
Dah viral kat Facebook dan Instagram.

Perjalanan dari KSU ke sini dalam sejam jugaklah.
Mula-mula konon nak singgah breakfast dulu tapi tetengok Encik Z drive tetiba je dah sampai ha.
So kita cari makan kat dalam je lah.
Kami sampai dalam 9 lebih camtulah.


: : Bayaran masuk dan aktiviti : :


: : Bayaran lain untuk Flying Fox : :


: : ATV pun ada : :

: : Reception : :


: : Kitorang ambik Flying Fox unlimited. Tapi untuk Yaya dan Encik Z je la. Saya toksey la haih : :


: : Items yang boleh disewa : :


: : Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini : :

Oleh sebab belum breakfast lagi, jadi kami breakfast dalam ni je lah.
Breakfast berkonsepkan buffet dengan bayaran RM15 seorang.
Makanan oklah tak banyak sangat tapi sedap-sedap semua.


: : Kebanyakan yang tengah breakfast ni memang diorang bermalam kat sini. Harga bilik termasuk buffet breakfast : :


: : 2 kali saya tambah nasi lemak ni. Sambal kerang dia sedap sesangat!! : :


: : Nak mintak omelette pun boleh : :

Selesai makan kita pusing-pusing dulu tengok kawasan sekeliling.
Sebab nanti dah basah-basah mesti dah malas kan.


: : Birthday girl di usia 13 tahun : :


: : Wajib bergambar kat mercu tanda Tadom Hill ini : :


: : Jambatan gantung mini : :


: : Jom naik The Treehouse kat belakang tu : :


: : Tanggalkan selipar ya : :


: : Boleh tahan curam tangganya : :


: : Kesian Yaya macam dipinggirkan di belakang hehe : :

Kebetulan kat atas masa tu takde orang, so berposing bergambar jelah kami.
Sambil menikmati hembusan angin sepoi bahasa.

Ini bilik-bilik chalet yang boleh disewa.
Tak banyak sangat sebenarnya. Ada jenis-jenis nya korang boleh tengok kat website The Tadom Hill Resort.

OK dah habis pusing kawasan sekitar, jom kita buat aktviti pertama.
Flying fox!