Blog Maya Dot Com

Thai Fair @ The Strand

Masa cuti sekolah seminggu Deepavali hari tu adalah beberapa kali jugak saya masak kat rumah.
So share lah sikit kat sini.

First time masak cendawan kukur sendiri.
Beli masa pergi Kota Bharu hari tu lah.
RM10 dapat banyak gila kot!
So far dah 2 kali saya repeat masaknya.

Campak petai beli kat Kak Mar, dan campak udang jugak.
Makan dia saja pun dah cukup.
Malas alih dalam bekas, angkut terus dalam periuk ha, terus kena keji dengan Kak Red.
Hiks.
Kelihatan sipi dalam gambar ialah peria goreng.
First time jugak try masak. Jadi dan sedap hehe.


: : Cekodok bawang Encik Z buat : :


: : Green Curry Chicken tu pes nya saya beli kat Pattaya dulu. Memang senang gila main cecampak je dah siap masak : :


: : Sardin, telur dadar cheese & ikan masin tenggiri : :

Emli dok cerita dia pergi lepak-lepak kat Thai Fair kat The Strand sana.
Pastu saya pun tengok gak dalam ig stories Kak Red, makanya ajak lah Encik Z dan Yaya ke sana jalan-jalan cuci mata dan makan-makan.
Kitorang pergi last day 20 Oktober tu.

Gerai banyak jugak la, cuma tempat duduk tu agak sikit.
Bertunggu jugaklah nak dapatkan seat kosong.
Harga standard dari RM6 – RM10.


: : Kuey Chap & Kerabu Maggie : :


: : Laksa Thai : :


: : Muka merah sunburn mandi-manda kat Tadom Hill : :


: : Daging kambing gurun katanya : :


: : Berpeluh-peluh duduk depan gerai ni. Manjang api keluar : :


: : Pulut mangga & aiskrim jagung : :


: : Aiskrim gulung : :

Seronok ada Thai Fair macam ni sebab dapat makan food Thailand.
Saya plan nak pergi Krabi tahun depan.
Tapi biasalah plan je. Jadi ke tidak cuma Allah SWT jua yang mengetahui 🙂