Blog Maya Dot Com

Rock Diva @ Hi-Tea Puspanita Kijang 2017

Aktiviti tahunan Puspanita Kijang macam biasalah, Hi-Tea di Lanai Kijang.
Diadakan pada 6 Oktober 2017 hari tu.
Tema tahun ni ialah Rock Diva.
Saya just pakai long cardigan poplook saya tu fefeeling rock diva muslimah gitu.

Sampai-sampai MPH nampak Atie dengan Syikin so ayuhlah bergambar sesiap sebelum terpisah satgi.
Saya kena keji sebab bergambar senyum.
Ingat dah buat signal rock tu kira dah rock habis la, sekali kena keji dengan rakan-rakan pula.

OK fine bergambar lagi sekali dengan buat muka serius konon menghayati watak sebagai rocker.
Sekali kena bahan pulak kata tu bukan muka rock, tu muka tengah marah.
Ginilah nasib seorang yang bersopan-santun.
Bukan senang tiba-tiba nak switch watak tau.


: : Suli yang comel : :


: : Erin & Kak Linda yang sentiasa mengikut tema : :


: : Doorgit : :


: : Artis undangan Hael Husaini. Enjoy jugaklah layan dia nyanyi : :

Tahun ni tak luck.
Nama tak naik langsung untuk lucky draw.
Takpelah, tahun lepas dah dapat Grand Prize kan, so tahun ni kita bagi peluang pada orang lain pula 🙂