Blog Maya Dot Com

Pilihan Birthday Girl

Beberapa hari sebelum birthday Yaya saya dah suruh dia pilih dah nak hadiah apa.
Tapi susah benau dia nya ha nak beli apa.
Kitorang keluar pergi Nu Sentral sebab nak nonton Flatliners, singgah Typo.
Tapi barang yang dia nak tu takde ke mahal ke cemana tah.
Akhirnya pergi ke MY Gadgets.

Saya suruh dia beli benda yang ada kegunaannya.
Bukan pakai kejap dah campak buang.
Dan ia buat keputusan untuk beli Powerbank.
Good choice, girl.

Beli sekali dengan Data Cable.
Jangan ditanya kenapa beli yang 10000mAh saja.
Tu pilihan Yaya sebab nakkan mata kucing yang berkelip-kelip tu.

Filem Flatliners ni pun Yaya nak nontonnya.
Saya tak tau pun pasal cerita ni.
Mengisahkan tentang sekumpulan doktor yang mencuba satu cara macam mana nak merasai mati dalam tempoh 2 minit.
Diorang nak tau perasaan dan bagaimana keadaan menuju kematian, gitulah

Ingatkan macam unsur sains-sains je, rupanya ada seram-seram hantu jugak.
Tapi boleh pulak 20 minit terakhir saya tertidur zzzzz hehehe.
Walaupun tertidur saya masih memahami jalan cerita ya, awasss.

Kesimpulan dan moral dari cerita ni, kita kena maafkan diri sendiri dulu sebelum kita minta maaf dengan orang yang kita buat salah.
Once kita dah maafkan diri kita, kita akan lebih mudah untuk move on walaupun orang tu tak terima kemaafkan kita.
Dan lagi satu, sebenarnya kita boleh je minta maaf dengan orang tanpa bertangguh-tangguh dan dihantui dengan kesilapan yang lampau.
Kita ingat orang tak maafkan, tapi sebenarnya orang tu dah lama maafkan.
Cuma mungkin bila dilafazkan, masing-masing lebih mudah untuk let go.


: : Thank you Ayah Chu tumpangkan Yaya balik Taiping : :

InsyaAllah hujung bulan ni kita jumpa lagi ya sayang.
Mommy happy kita dapat spent masa sama-sama minggu birthday Yaya ni 🙂

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...