Blog Maya Dot Com

Impossible Is Nothing

Saya attend talk bertajuk Impossible Is Nothing.
Sebelum pergi talk ni tak terfikir dan tak tau pun siapa Anita Yusof ni.
Lepas dah dengar perkongsian semua baru lah saya tau rupanya beliau memang famous sebab beliau merupakan wanita muslim pertama yang melakukan pengembaraan mengelilingi dunia dengan menaiki motosikal, secara solo!

Bermula dari 11 September 2015 dan kembali semula ke Malaysia pada 16 September 2016, beliau merentasi 40 buah negara dan 40 buah benua.
Fuhhh.. masa dengar cerita beliau, terkebil-kebil dan ternganga-ngangalah saya dibuatnya.
Lagi ternganga sebab beliau baru belajar bawak motor beberapa bulan sebelum pengembaraan ni! *pengsan

Memang respek dan tabik hormatlah sangat-sangat dengan Cik Anita ni.
Sebagai tanda sokongan, saya beli buku tulisan beliau bertajuk Global Dream Ride.
Dalam buku ni tertulis semua pengalaman beliau sepanjang berkelana selama setahun ni.

Saya pun teringin nak buat sesuatu yang saya tak pernah buat sebelum ni.
Tapi hmm.. nak buat apa ya?

P/S: Nak baca kisah Global Dream Ride Cik Anita Yusof, boleh ke blog beliau di SINI