Blog Maya Dot Com

IAIS Gala Dinner @ Intercontinental

30 Oktober sampai 3 November super busy dengan event besar di Sasana Kijang.
Bertunggu tangga di Sasana Kijang & Lanai Kijang.

Hari Rabu malam dapat whatsapp dari boss mintak jadi Tray Girl untuk Gala Dinner.
Adududu, dah la yang nak sampaikan hadiah tu semua ialah Gabenor.
Seramlah kan.

Saya mula-mula memang taknak sebab yelah, takde pengalaman plus protokol segala.
Hey, Gabenor kot!
Pastu Sharil dok bahan saya kata ala dulu-dulu tu boleh je.
Hello, yang tu setakat event Bintang BNM, event Treasure Hunt boleh laa.

Secuba boleh nak elak, tak berjaya, makanya pasrah je lah terima.
Semoga tak tersadung ke apa.
Lepas office tumpang naik kereta Kak Ogie pegi Intercontinental.
Sekali dengan Kak Zila & Kak Zai.


: : Pengacara majlis malam tu, Abang Naz. Hashtag saya suka hehe : :


: : Air mata kucing. Buah seketul tu of coz lah saya tak makan. Kang tak pasal terbelahak kat situ : :

Pergi dengan boss-boss so takdelah nya mintak sesiapa snapkan gambar saya atas stage.
Sekeping ni pun AJ letak kat insta story ia.
Tu pun style superzoom. Saya print screen kan aje.
Rasa ada kot gambar pada official photographer, tapi malas ler saya nak mintak-mintak.
Update je la apa adanya ye.


: : Alhamdulillah semua berjalan lancar : :

Ada persembahan tradisional termasuklah persembahan Wayang Kulit.
Meriah dan nampak la semua participants kagum gembira.
Oh, participants semua dari seluruh dunia tau.

Sejak join RSA rasanya macam dah 3,4 kali kot event macam ni.
Saya yang menurut perintah je la kan.

Minggu depannya pulak, 6 November ada event kat Lanai Kijang.
Sepatutnya 4 hari tapi saya dapat bertugas 1 hari je.
Busy dengan appraisal, hujung-hujung tahun ni kan.


: : Sempat bergambar dengan participants dari Bhutan. Unik kan baju tradisional depa : :

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif  http://blogmaya.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
    more...