Blog Maya Dot Com

Happy 53th Birthday Boss!

Kat Facebook dengan Instagram dah reveal dah rupa paras boss baru, makanya kat blog wajiblah tak ketinggalan.
Cumanya biasalah, kat blog ni serba serbi slowwwww.
Walau begitu, blog tetap di hati.

Ceritanya 23 Oktober hari tu birthday boss baru saya.
Namanya Puan Azilah. Tapi saya panggil Kak Zila aje.
23 Oktober tu dia cuti pulak, so plan nak bagi kek dengan belon saya postpone kan ke 24 Oktober.

Belon dengan kek pavlova tu beli dari Hani @pavlovakekkuzi
Dah banyak kali dah guna service ia. TQ Hani!

Masuk terus je bilik ia dan cakap Happy Birthday hehe.
Kak Zila pun macam segan-segan je.
Katanya “Dah tua la, nak celebrate apanya”
Hiks.


: : Belon tercover pulak muka boss kita : :


: : Tengah baca tulisan nota kat kotak kek : :

Tadaaa…
Inilah boss baru saya yang menggantikan Kak As.
Garang tak muka dia? Ke muka saya lagi garang wakakakaka.


: : Hadiah tiffin mangkuk tingkat ni saya beli kat Rantau Panjang sana. Sesuai kot untuk ia yang selalu bawak bekal ke office : :

Happy 53th Birthday Kak Zila.
Dan Happy 3rd Month Anniversary di RSA.

Semoga yang baik-baik mengiringi hidup kita.
Amin 🙂