Blog Maya Dot Com

#BNMDeepavali2017

Pagi-pagi dah dapat whatsapp dari Atie & Syikin suruh turun breakfast kat Kupang.
Saja je nak tengok masing-masing pakai baju apa ha sempena Majlis Deepavali.
Saya pakai skirt panjang dengan blouse punjabi biasa je.
Dah pernah pakai masa pegi Kuala Terengganu hari tu.
Memang dibeli di New Delhi sana.
Ada matchingnya dengan seluar legging punjabi tu la, tapi pelik pulak saya yang gemuk ni nak pakai ha.

Pukul 12.30 tengah hari dah pergi Lanai Kijang dah dengan Kak Gee & Kak Lin.
Konsepnya sama macam sebelum-sebelum ni, makan berdiri hehe.
Tapi bagus pun konsep ceni, so takde la manusia-manusia kiasu yang duduk tak bangun-bangun kan.


: : Persembahan. Kalau ada persembahan tarian India yang pakai sari semua tu mesti lagi best. Sebab yang ni macam konsep Bhangra tu, bukan India tradisional.  Ni pendapat saya lah : :


: : Food semua food India lah. Peria goreng tu dap dap dap nyee : :


: : Teh tarik susu lembu : :


: : Gambar dari profesional photographer. TQ Zairul! : :


: : Atie, Husna & Mya : :