Blog Maya Dot Com

Selamat Pengantin Baru Lyn!

Bila dengar je perkhabaran kata Lyn nak menamatkan zaman single nya, berbunga-bunga hati saya.
Alhamdulillah, Lyn dah berjumpa cinta sejatinya.

Roger-roger dengan Amy & Kak Red nak together-gether ke Klang sana.
Being Normaya, tetaplah kelewatan jugak.
Tapi tak selewat Kak Red lah hehe.

Amy sampai paling awal.
Tapi nasib jugaklah macam ada seat kosong-kosong, so tak terasa sangatlah menunggu Kak Red.
Yer la, kalau ada orang nak duduk makan, dan kau pulak dah habis makan, takkan nak buat muka toya pulak tak bagi seat kat orang kan.
Walaupun ada je orang spesis camtu, tapi I cannot.

Tengok Lyn pun busy di pelaminan, maka kami gossip-gossip dengan Kak Red je lah.
Ada satu gossip saya lupa nak kepoh dengan Kak Red. Adududu.
Tapi sempat korek pasal HH dengan JR. Walaupun takde apa sangat pun dapat dikorek lulz.

Dah reda sikit orang di pelaminan, baru lah kami jumpa Lyn muah muah dan bergambar.
Lawa Lyn dan warna favouritenya, biru.

Sambung bergossip bawah pokok pulak.
Huru hara dibuatnya semua nak bercakap.
Pening Kak Red! 😀


: : Diakhiri dengan kain diva yang terkena kekotoran tanah. Tapi katanya baju pakai buang. Apa kisah.. : :

Selamat Pengantin Baru Lyn & suami.
Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Selamat menjalani bahtera hidup berumahtangga.
Best tau kahwin ni hiks…