Blog Maya Dot Com

Naelofar TTDI

Jumaat, lunch time, 15 September 2017.
Dah plan dengan Atie, Syikin, Nadia & Husna nak pergi Naelofar TTDI.
Last minute Nadia tak dapat join.
Syikin pun memula kata tak dapat ikut.
Tapi tengah saya tunggu Atie & Husna ambik kereta, setiba-tiba Syikin call kata nak ikut jugak.
Hah tak pasal saya kerah cepat sikit jalan tuuuuuu.
So berempatlah kami ke Naelofar TTDI.

Ceritanya Atie yang nak cari tudung.
Ada kenduri katanya. Ngada nak jugak Naelofar kan.
Ni first time saya sampai Naelofar TTDI ni.
Luas dan syok cuci mata sebab memang tersusun segala mala jenis tudung dan shawlnya.
Dan best sebab boleh pegang sentuh sendiri material dan fabrik ia.

Saya asal memang nak cuci mata je tapi lepas tu biasalah, nama pun perempuan kan.
Terjebak lah beli 2 helai inner, sehelai shawl Zehra, hijab perfume dan scrunchy.

Naelofar saya yang pertama yang instant cotton tu, apa ke namanya. Ada babes babes gitu lah.
Tu Kaklong bagi. Saya pakaiĀ  masa pergi Legoland tahun lepas.

2nd tudung bawal Yasmine tu. 2 helai saya beli.
Warna hitam pernah pakai gi Pattaya, dan warna coklat masa Raya Haji baru ni (entry belum update lagi)
So Zehra shawl ni collection yang ketigalah kiranya.


: : dUCkies di Naelofar. Walaubagaimanapun, dUCk tetap di hati. Gituuuu : :

Lunch kat kedai makan depan Naelofar ni je.
Mana ke sempat nak pergi tempat lain.


: : Sphagetti carbonara mushroom. Sedap! : :


: : Husna, Mya, Atie & Syikin : :

Topik perbincangan kami di meja makan ialah dUCk vs Naelofar.
Hiks.
Husna ni pun pengguna tegar dUCk jugak. Hai dUCkies! *High5