Blog Maya Dot Com

LIS

4 September hari jadi Lynda.
Selain dari Ernie, birthday Lynda memang saya ingat tanpa perlu notification dari Facebook 🙂
Saya wish dalam whatsapp.
Lepas tu borak-borak nak jumpa bagai, biasalah kan dengan keadaan masing-masing sekarang, bukan senang nak jumpa.

Lynda tanya Khamis free tak.
Dia cuti, so boleh lah jumpa kejap.
Lynda turun KL dan kitorang jumpa kat Kupang je.
Tak boleh nak bawak pergi cafe sebab Lynda bawak anaknya Chacha.

Lynda, sahabat yang saya kenal dari seusia 16 tahun.
Rasa dah pernah cerita sejarah persahabatan saya dengan Lynda so tak payahlah ulang lagi kan.
Siapa pembaca setia blog saya ni tau lah.

Seronok sangat dapat lepak borak walaupun sekejap.
Sempat lah cover cerita-cerita yang ketinggalan.
Saya ni jenis tak berapa suka nak cerita dalam whatsapp tau dalam telefon.
Lagi suka jumpa depan-depan berborak.

Suka ayat Lynda sebelum kami berpisah hari tu “Dalam ramai-ramai yang kau dah berkawan, kau tetap akan balik dengan aku kan, Maya?”
Heee.. dah macam bercinta pulak ayat dia hiks.

Taktau nak cakap macam mana Lynda ni.
Walaupun anak orang kaya, walaupun moden, walaupun keluar masuk overseas dari kecik, tapi takde pun sisi-sisi berlagak dia.
Humble dan sangat sederhana.

Harap-harap one fine day bila anak-anak kau dah besar, kita boleh travel jalan sama-sama ya Lynda.
Semoga panjang umur kita.
Amin.

Tak pernah declare BFF, tapi aku tau kau sentiasa ada dengan aku.
Love u lilahi Taala, Lynda Irwana.

    One thought on “LIS