Blog Maya Dot Com

Ganu Kiter : TTI River Cruise

Tunggu punya tunggu takde pun orang River Cruise tu call, so saya ajak je la Encik Z pegi kat sana.
Cross sikit je dari Taman Tamadun Islam tu.

Terus gi kat kaunter tanya.
Ok katanya dia akan masukkan dalam list pukul 12.30 tengah hari nanti.
Sementara menunggu tu pergi la kat tempat makan depa, kan dapat voucher berapa ringgit tah tadi tu konon nak beli air la.

Sekali budak kat tempat air tu kata voucher tu untuk food sahaja.
Drinks tak termasuk.
Sentap mak nak.
Yer lah yerlah, akak bayar je laaa.


: : Naik cruise kat sini. Pengkalan Tok Paloh : :


: : Kena pakai safety jacket ya : :

Dalam tu selain ada abang bot, ada jugak macam ala-ala tour guide gitu lah.
Perempuan, namanya Tun.
Very peramah tamah dan informatif. Good job dik.
Katanya dia tengah buat praktikal kat situ.
Praktikal pun dah very good macam ni, insyaAllah dah kerja esok lagi bagus ni.


: : Tu belakang tu tour guidenya : :


: : Dah macam tengah menyanyi dangdut pun ada si Tun ni pegang mic gitu : :

Seronok la naik cruise ni menyusuri Sungai Terengganu.
Tour lebih kurang dalam 45 minit macam tu.
Seronok sebab Tun ni rajin bercerita bersembang dan tanya soalan macam-macam.
Kitorang tanya dia pun, dia dapat jawab. Kadang tu siap buat lawak lagi.


: : Abang bot berhenti kejap kat sini nak bagi peluang siapa nak bergambar : :


: : Bila tengok air dah berbeza warna tu maknanya dah  nak sampai ke laut : :

Tun tunjukkan bot nelayan seperti di bawah.
Pastu dia tanya tau tak kenapa warna setiap bot berbeza.
Kenapa ada warna hijau, warna kuning?
Ada orang jawab sebab Terengganu bawah PAS.
Pengsan. Hiks.

Warna-warna ni semua mengikut negeri.
Tapi ada je bot-bot penceroboh yang cat warna ikut bot tempatan sebab nak seludup masuk huhu.

Lepas tu Tun tanya tau tak pembuat bot nelayan yang pernah masuk TV3 dulu?
Dia memang buat bot sorang-sorang.
Tun tunjuk la ke arah 1 bot nelayan ni.
“Ha tu lah dia” kata Tun

Tapi saya lupa la pulak sapa nama Pak cik tu.
Yusof kot? Tapi kitorang ramai-ramai la lambai sambil jerit “Pakcik Yusoffff”
Pakcik tu pun balas lambai-lambai. Sporting sangat.
OK saya lupa tau nama Pakcik tu sapa. Kalau sapa tau sila komen hehe.

Tun sambung cerita lagi, sebelah kanan tu ada macam pulau kecik tau.
Katanya kat situ pernah ada sorang ni duduk situ.
Nenek tua camtu lah. Nama pulau tu pun sempena nama nenek tu.
Sorry lupa lagi apa ke nama nenek/pulau tu.

Ada pernah orang lain try duduk situ tapi tak boleh tahan.
Bila saya tanya kenapa, ada hantu ke?
Tun senyum-senyum tak jawab. So fikirlah sendiri.
Dan saya tanya lagi, nenek tu kerja apa? Cemana boleh survive sorang-sorang kat situ takde api air semua.

Nenek tu bomoh uolls.
Orang akan datang jumpa dia nak mintak minyak pengasih ke apa.
Nak kahwin 2 ke, nak bergirlfriend ke, gitulah.
Terpaksa awaskan Encik Z kat situ gak heheh.


: : Belakang tu la pulaunya : :

Memang saya rekemen lah siapa yang pergi Kuala Terengganu untuk naik cruise ni.
Boleh dapat macam-macam info kalau tour guide macam Tun ni 🙂

    One thought on “Ganu Kiter : TTI River Cruise